Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli (B40) Online

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli (B40) Online

Permohonan Bantuan Zakat Selangor.

Berita baik buat warga Selangor khususnya golongan B40 yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19, anda kini boleh memohon bantuan Zakat Selangor Peduli.

Permohonan ini akan dibuka sehingga 10 Disember 2021 dan terhad kepada 15,000  penerima sahaja.

Jom mohon sekarang!

Rujuk artikel Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli (B40) Online untuk panduan bagi mereka yang berminat.

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli (B40) Online

Untuk makluman anda, Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan ianya BERBEZA dengan zakat yang biasa.

Apa bezanya?

Untuk bantuan ini, golongan sasaran adalah golongan B40 dan BUKAN UNTUK Asnaf dan Fakir Miskin. Anda boleh memohon walaupun tidak tergolong di sebagai penerima zakat / asnaf.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon adalah warganegara atau pemastautin tetap (PR).
  3. Pemohon mestilah lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  5. Pemohon perlu memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

KRITERIA B40 YANG LAYAK MEMOHON

  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  • Lain-lain
Baca Juga :  Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

 

CARA MEMOHON BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI B40 ONLINE

Mereka yang menepati kesemua syarat di atas boleh terus memohon dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
  2. Masukkan ‘Captcha’ yang diberikan, isi nombor kad pengenalan anda kemudian klik ‘Semak’

Screenshot 2021 12 07 at 17 19 26 Portal Khas Asnaf Online LZS - Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli (B40) Online

  • Isi borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.
    • Senarai dokumen yang perlu disediakan adalah:
      • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
      • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
      • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
      • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja).
      • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
      • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
      • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

NOTA:

Sila pastikan anda melengkapkan permohonan berserta dengan dokumen yang diminta kerana pihak Lembaga Zakat Selangor menolak permohonan yang mempunyai lampiran yang tidak lengkap dan palsu.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini anda boleh terus hubungi saluran berikut:

  1. Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343
  2. Laman web : https://www.zakatselangor.com.my/peduli
  3. Facebook Lembaga Zakat Selangor

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH