Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online telah pun dibuka? Anda berpeluang untuk membuat pendaftaran baru? Macam mana?

Bukan sahaja permohonan baru, kepada penerima BSH 2020 fasa pertama, anda juga diminta untuk mengemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari di portal rasmi BSH.

Macam mana?

Pemberitahuan ada solusinya untuk anda!

Artikel kami pada hari Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online akan memberikan segala maklumat yang diperlukan untuk permohonan baru dan juga proses kemaskini maklumat BSH.

Jom!

PENDAFTARAN BANTUAN SARA HIDUP 2020

Sehingga 20 Februari tahun lepas, lebih 900,000 permohonan BSH telah diterima. Ianya termasuk 200,000 permohonan baru dan 700,000 permohonan kemaskini. Apa yang lebih menarik ialah ,terkini, BSH untuk orang bujang sebanyak RM300 akan diagihkan pada penghujung bulan Mac nanti!

Sebelum ini ramai juga yang merungut menghadapi kesukaran untuk kemaskini permohonan BSH. Ambil berat akan masalah yang dialami rakyat, demi memastikan kelancaran program BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti, Ministry of Finance (MOF) telah memudahkan lagi proses pendaftaran seperti berikut:

  • Borang permohonan BSH 2020 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
  • Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib; dan
  • Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi;

  1. talian bebas tol 1-800- 88-2747 atau,
  2. e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my

Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual. Untuk permohonan online, sila ke portal rasmi BSH dan klik pada butang Permohonan BSH.

Untuk permohonan melalui borang, anda boleh download borang-borang seperti di bawah:

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan Yapeim Secara Online

Penghantaran borang juga boleh dibuat secara pos ke alamat berikut:

Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Hanya tiga kategori berikut layak untuk memohon BSH 2019:

  1. Kahwin
  2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai anak
  3. Warga emas sebatang kara

Untuk pemohon kategori kahwin, anda perlulah memenuhi syarat-syarat di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah
  • Pasangan mestilah Warganegara Malaysia
  • Jika pasangan bukan warganegara mestilah mempunyai anak yang warganegara
  • Hubungan anak mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
  • Anak mestilah berumur 18 tahun ke bawah
  • Kecuali anak berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar di IPTA
  • Atau OKU yang berdaftar dengan JKM
  • Anak mestilah tiada pendapatan / tidak bekerja

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini dan permohonan baru, anda boleh dapatkan di dalam pautan yang kami sediakan di bawah:

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA HIDUP 2019

Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

Penerima BSH fasa pertama sebelum ini wajib kemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Kegagalan mengemaskini maklumat BSH akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses dan kemungkinan anda tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini termasuklah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Kemaskini secara manual boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM. Bagi kemaskini BSH secara online, layari portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/

Kemudian pilih MyBSH dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Setelah berjaya log masuk ke dalam sistem kemaskini BSH, sila semak dan lengkapkan maklumat permohonan yang terkini. Jangan lupa untuk lengkapkan maklumat bank dengan memasukkan nombor akaun bank yang masih aktif.

Tarikh tutup kemaskini BSH 2020 adalah pada 15 Mac nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang proses kemaskini Bantuan Sara Hidup anda boleh dapatkan di pautan yang kami sediakan di bawah:

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

KESIMPULAN

Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online - Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

Segera lah berdaftar kepada mereka yang layak, dan peringatan khas pada penerima Bantuan Sara Hidup fasa utama untuk mengemaskini maklumat seperti yang diterangkan di atas.

Selamat berjaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH