Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online? 

Perlu kita fahami, pendidikan merupakan salah satu cara utama untuk merubah kehidupan. Pendidikan cemerlang, cerah peluang pekerjaan dan akhirnya dapat membantu keluarga.

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online artikel yang kami sediakan khas untuk anda hari ini bagi memberi peluang kepada mereka yang cemerlang dan datang daripada keluarga yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS.

Panduan lengkap kami berikan anda disini.

Jom baca!

Yayasan Bank Rakyat 2020

Tujuan penubuhan Yayasan Bank Rakyat?

Untuk pengetahuan anda, Yayasan Bank Rakyat (YBR) secara rasmi telah didaftarkan pada 16 Mei 2007 di bawah Akta Pemegang Amanah (penggabungan) 1952 [Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2007.

Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dan pelanggan Bank Rakyat dan anak-anak mereka, dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sejak penubuhannya, Yayasan Bank Rakyat telah banyak berusaha ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Malaysia yang miskin, tanpa mengira bangsa, agama atau jantina, melalui pendidikan, dan pada masa yang sama menggalakkan suasana kerjasama dan bantuan di kalangan rakyat Malaysia.

BIASISWA YAYASAN BANK RAKYAT 

Yayasan Bank Rakyat menawarkan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang berminat dan memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian mereka ke pendidikan peringkat tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi cerah tetapi memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Yayasan Bank Rakyat menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana dalam spektrum mata pelajaran akademik dan praktikal yang luas yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR lebih berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Okay, dah faham serba sedikit tentang Yayasan Bank Rakyat?

Mari kita teruskan dengan cara permohonan pula.

sssss - Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Berikut kami kongsikan anda tarikh permohonan, syarat-syarat kelayakan, cara permohonan dan beberapa maklumat asas yang lain:

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh buka: 24 Februari 2020

Tarikh tutup: 31 Mac 2020

Pastikan anda tidak terlepas tarik penting ini ya!

Baca Juga :  Permohonan IKM KKTM & MJII 2020 Secara Online

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon hendaklah memenuhi kriteria seperti yang berikut:

  • Warganegara Malaysia

Terbuka kepada terbuka kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.

  • Tahap Pengajian: Ijazah Sarjana Muda

Peringkat pengajian yang diambil adalah Ijazah Sarjana Muda SEPENUH MASA. Kelayakan ini hanya untuk mod pengajian secara sepenuh masa di IPTA, IPTS dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sesuai buat mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS

  • Tempoh Habis Pengajian: Sebelum Berumur 30 Tahun

Pemohon mestilah TIDAK melebihi umur 30 tahun selepas tamat pengajian untuk Ijazah Sarjana Muda.

  • Mendapat Keputusan Cemerlang 8A Dalam SPM 2019

Terbuka kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2019) Pelajar yang berminat untuk memohon mestilah telah mendapat keputusan 8A dalam SPM 2019.

Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2019 mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan biasiswa Yayasan Bank Rakyat ini.

BIDANG PENGAJIAN YAG DITAWARKAN

Untuk pengetahuan anda, bidang pengajian yang ditawarkan adalah terbuka untuk semua kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen). Tetapi, keutamaan akan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-undang
  8. Sains Aktuari

Ini termasuk juga untuk Doktor PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

CARA PERMOHONAN BIASISWA

  1. Pemohon perlu layari secara online melalui Lamab Web YBR di http://www.yayasanbankrakyat.com.my.
  2. Pemohon dikehendaki mendaftar akaun di Portal untuk mengisi borang permohonan secara online.
  3. Selepas itu, anda perlu mencetak borang permohonan untuk rujukan anda.
  4. Bagi pemohon yang berjaya, akan diumumkan di Laman Web YBR dan surat tawaran akan diposkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai permohonan, syarat kelayakan, bidang pengajian yang ditawarkanBiasiswa Yayasan Bank Rakyat dan sebagainya, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak Yayasan Bank Rakyat sendiri.

Alamat:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur,
Malaysia
No Telephone:
+603 2612 9600
Email:
yayasan@bankrakyat.com.my
Masa Operasi:
Isnin-Khamis,
8.00am-1.00pm/2.00pm-5.00pm
Jumaat
8.00am-12.30pm/2.30pm-5.30pm

Kesimpulan Permohonan Biasiswa Yayasan Bank Rakyat 2020 Online

Kami berharap artikel ini dapat membantu meringankan urusan anda untuk membuat permohonan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan lain yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat IPTA/IPTS dan sedang mencari biasiswa.

Selamat maju jaya kami ucapkan!