Pengeluaran KWSP RM10K .
Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP, makluman terkini pada sidang media 16 Mac 2022 oleh YAB Perdana Menteri menyatakan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 maksimum.
Pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 dipersetujui oleh kerajaan setelah mengkaji dan meneliti permintaan daripada pencarum bagi membantu rakyat Malaysia yang kini sedang mengalami masalah ekonomi dalam fasa peralihan pandemik-endemik Covid 19.
Bagaimana nak buat permohonan atau semakan baki KWSP anda?
Jom teruskan bersama Pemberitahuan dengan artikel Pengeluaran KWSP RM10K Terkini: Permohonan & Semakan Status.
Isi Kandungan
Pengeluaran KWSP RM10K Terkini: Permohonan & Semakan Status
Untuk makluman anda, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu:
- Skim i-Lestari
- Skim i-Sinar
- Skim i-Citra
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Mahupun begitu, Perdana Menteri menyeru agar rakyat membuat keputusan yang tepat sebelum ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka dan pastikan pengeluaran tersebut untuk keperluan yang mendesak bagi mengelakkan sebarang masalah simpanan di hari tua kelak.
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP 10K
Syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
- Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10k
Pencarum boleh mula memohon pengeluaran KWSP 10K ini pada 1 April 2022 sehingga tarikh tutup pada 30 April 2022.
Sebarang maklumat mengenai permohonan KWSP ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN PENYATA KWSP SECARA ONLINE DI i-AKAUN KWSP
Sebelum ingin membuat pengeluaran, anda boleh buat semakan baki di akaun KWSP anda terlebih dahulu.
Pencarum yang ingin membuat semakan penyata akaun KWSP mereka, anda tidak perlu ke kaunter lagi, daftar i-Akaun KWSP dan buat semakan secara online.
Ikuti langkah-langkah di bawah:
Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Layari laman web KWSP dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diberi untuk mengaktifkan i-Akaun anda. Mesti di aktifkan dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
- Isikan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima.Dan Kemudian Klik Butang Login.
- Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
- Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
- Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“
- Selepas itu anda dapat lihat penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan.
- Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan
Permohonan Dan Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP 2022
- Permohonan bagi pengeluaran khas KWSP boleh di buat di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Klik pada ‘Permohonan’ dan baca Nota Penting yang dipaparkan sebelum membuat permohonan.
- Kemudian isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang sedang digunakan. Buat pengesahan OTP melalui kod yang dihantar ke nombor telefon anda.
- Anda akan dipaparkan dengan amaun kelayakan pengeluaran daripada akaun KWSP anda yang terkini. Tentukan jumlah pengeluaran yang anda inginkan.
- Tetapkan amaun pilihan dan klik ‘Teruskan’ kemudian isi semua maklumat peribadi yang diminta dengan lengkap dan betul.
- Sebelum menghantar permohonan, klik pada ‘Terma dan Perakuan’
Selesai!
SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022
Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelulusan permohonan anda boleh mula membuat semakan pada 09 April 2022.