Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

Permohonan Dermasiswa JPA B40.

Program ini dilaksanakan khas bagi membantu pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan dikenalpasti daripada latar belakang keluarga B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Mereka yang berminat boleh mula membuat permohonan pada 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.

Teruskan bersama kami di Jutawan Online dengan artikel Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online sebagai panduan permohonan anda.

Semuanya ada disini.

Jom baca.

Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

Untuk makluman anda, pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang-bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah program ini adalah seperti berikut:

  • Pendidikan.
  • Kejururawatan.
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License).
  • Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2 kategori syarat permohonan dermasiswa jpa adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.
  • Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
  • Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Ibu dan atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari manamana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak 2021 Sebanyak RM700

SYARAT-SYARAT KHUSUS

  • Untuk Universiti Awam (UA)/Politeknik yang dikenalpasti:
    • Pelajar perlu menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
    • Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  • Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))
    • Pelajar menduduki SPM pada tahun 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
    • Pelajar telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Screenshot 2021 07 15 at 17 34 06 Program Dermasiswa B40 1024x1024 jpg WEBP Image 1024 × 1024 pixels — Scaled 74 - Permohonan Dermasiswa JPA B40 2021 Secara Online

CARA PERMOHONAN DERMASISWA JPA B40 ONLINE

Mereka yang menepati kelayakan yang ditetapkan di atas boleh terus memohon dengan cara berikut:

  • Pemohon perlu klik pada: eSILA JPA: PERMOHONAN ONLINE
  • Untuk pendaftaran kali pertama klik pada ‘Daftar’
  • Klik ‘Daftar Akaun Pengguna’ selepas anda mengisi semua maklumat pendaftaran dengan lengkap dan betul.
  • Log masuk untuk mengisi borang permohonan. Pastikan semua butiran yang diminta diisi dan dilengkapkan.
  • Hantar permohonan setelah anda selesai menyemak semua butiran.
  • Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan Dermasiswa JPA B40

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak berkaitan di saluran berikut:

  1. E-mel pertanyaan: dermasiswab40@jpa.gov.my
  2. Sertai sesi Google Meet
    • Sesi pagi: 10.00 – 11.00 pagi
    • Sesi petang: 2.30 – 3.30 petang

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH