Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru

Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru

Permohonan Giatmara 2022 Online.

Permohonan pengambilan pelatih baru Giatmara untuk sesi Julai 2022 kini telah dibuka!

Individu yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mula memohon.

Tapi sebelum nak tahu apa itu Giatmara?

Macam mana nak buat permohonan?

Pemberitahuan ada solusinya!

Entri Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru kami sediakan khas sebagai panduan mereka yang berminat.

Jom baca!

Apa Itu GiatMARA?

Penubuhan GIAT MARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

KELEBIHAN BELAJAR DI GIATMARA

Pelatih-pelatih di Giatmara akan berpeluang menikmati manfaat-manfaat yang disediakan seperti di bawah

  1. Kemudahan Latihan
  2. Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  3. Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  4. Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  5. Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)

SENARAI KURSUS DAN LOKASI GIATMARA

  • SENARAI LOKASI PUSAT LATIHAN GIATMARA SELURUH MALAYSIA
  • SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN DI PUSAT LATIHAN GIATMARA:
    • Kursus Kluster Komputer dan Networking
    • Kluster Elektrikal (KEL)
    • Kursus Kluster Fabrik
    • Kluster Elektronik Mekatronik
    • Kursus Kluster Kulinari
    • Kluster Hospitaliti
    • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
    • Kursus Kluster Mekanikal
    • Kluster Pembuatan
    • Kluster Senibina
    • Kursus Kluster Pengangkutan
    • Kursus Kluster Creative Media
  • PENSIJILAN:
    • Sijil Profesional
    • Sijil Kemahiran
    • Sijil Modular
    • Sijil Teknologi
    • Sijil Kehadiran
    • Sijil Kemahiran Warisan
    • Sijil Perantisan
    • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
    • Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
    • Sijil Kemahiran Malaysia
    • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
    • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
    • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity
Baca Juga :  BPN 2.0 :Permohonan Baru Dan Semakan Status Online

Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru

Untuk makluman lanjut perkongsian kami hari ini, anda boleh rujuk info yang dikongsikan dibawah:

SYARAT PERMOHONAN AM GIATMARA 2022

  1. Pemohon adalah berstatus Bumiputera
  2. Pemohon berumur 15 Tahun Ke atas
  3. Pemohon mestilah sihat tubuh badan
  4. Pemohon Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari
  5. Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM PERMOHONAN:

  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME).
  2. Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  3. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  4. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  5. Anda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  6. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online

CARA PERMOHONAN GIATMARA 2022 SECARA ONLINE

Mereka yang berminat untuk menyertai Pusat Latihan GIATMARA boleh rujuk manual permohonan di bawah:

MANUAL PERMOHONAN GIATMARA 2022

loading - Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru Loading...
EAD logo - Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru Taking too long?

reload - Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru Reload document
| open - Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru Open in new tab

Muat Turun

permohonan giatmara januari 2021 1 - Permohonan Giatmara 2022 Online: Pengambilan Pelatih Baru

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Pusat GiatMara yang berdekatan dengan anda
  • Ibu Pejabat GiatMARA;
    • No 39, Jalan Medan Tuanku,
      50300 Kuala Lumpur.
      Malaysia
  • No Telefon: 03-2691 2690
  • Fax: 03-2691 2820
  • Emel: webmaster@giatmara.edu.my