Pemberitahuan » Terkini » Permohonan i-Citra KWSP 2021: Pengeluaran Maksimum RM5,000

Permohonan i-Citra KWSP 2021: Pengeluaran Maksimum RM5,000

Permohonan i-Citra KWSP 2021.

Berikutan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) seramai 12.6 juta pencarum KWSP di Malaysia berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP maksimum sebanyak RM5,000 bergantung kepada jumlah simpanan masing-masing.

Mereka yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan pada 15 JULAI 2021.

Bagaimana? Apa syarat permohonan yang dikenakan?

Dapatkan maklumat yang anda cari dalam artikel kami hari ini Permohonan i-Citra KWSP 2021: Pengeluaran Maksimum RM5,000 sebagai panduan untuk pencarum KWSP yang berminat.

Jom baca!

Permohonan i-Citra KWSP 2021: Pengeluaran Maksimum RM5,000

Untuk makluman anda, i-Citra diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka sepanjang menghadapi kemelut penularan Covid-19 di Malaysia.

JUMLAH BAYARAN i-CITRA KWSP

Mereka yang layak dan berjaya memohon  akan mula menerima bayaran bermula bulan Ogos 2021.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

  • Pembayaran pengeluaran sebanyak RM5000 itu akan dilakukan secara ansuran dalam tempoh masa 5 bulan. Ini bermaksud maksimum pengeluaran yang ditetapkan disini adalah RM1000 untuk setiap bulan.
  • Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN i-CITRA KWSP

Syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Ahli mestilah mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Baca Juga :  Permohonan Rumah SJKP

CVBNMKLOI e1624959182396 - Permohonan i-Citra KWSP 2021: Pengeluaran Maksimum RM5,000

CARA PERMOHONAN i-CITRA KWSP 2021 ONLINE

  • Pencarum KWSP boleh membuat permohonan secara atas talian/online di: PORTAL RASMI ICITRA KWSP
  • Portal rasmi ini akan dibuka untuk permohonan bermula 15 Julai nanti.

*Sebarang makluman mengenai permohonan iCitra KWSP ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa*

Soalan Lazim (FAQ)

Mengapakah Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan?

  • Pengeluaran kemudahan i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

  • Boleh. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Namun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

  • Amaun atau jumlah maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

  • Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya.

Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

  • Boleh namun tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

  • Tidak. Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.

Maklumat Lanjut Permohonan i-Citra KWSP 2021

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iCitra KWSP anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH