Permohonan IKM KKTM & MJII 2020 Secara Online?
Berita baik buat lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).
Pemberitahuan berkongsi panduan Permohonan IKM KKTM & MJII 2020 Secara Online untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf Sesi Mei & Julai 2020 serta Januari 2021.
Jom baca!
Isi Kandungan
Institusi Pendidikan MARA Malaysia
Salah satu daripada Institusi Pendidikan MARA adalah:
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- MARA-Japan Industrial Institute (MJII)
Matlamat penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) ini adalah untuk memberi peluang kepada belia bumiputra dengan memberi latihan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi untuk diserap masuk ke dalam industri zaman kini.
IKM, KKTM dan MJII telah dibina di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan matlamat ini tercapai.
Semua institusi pendidikan MARA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar telah disediakan bagi memastikan keselesaan pelajar. Di IKM, mereka menawarkan pengajian di peringkat sijil manakala KKTM pula menawarkan pendidikan di peringkat diploma.
Bagi pelajar yang berkelayakan anda akan ditawarkan dengan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga pelajar.
Permohonan IKM KKTM & MJII 2020 Secara Online
Berikut kami kongsikan pada anda syarat-syarat permohonan, tarikh permohonan, cara-cara permohonan dan segala maklumat tambahan lain yang anda perlukan:
PERMOHONAN MELALUI SPUPIM ONLINE
Jika terdapat sebarang perubahan akan dikemaskini semula. Pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :
Pengambilan Sesi Mei
Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan:
- Tarikh Buka : 27 Februari 2020
- Tarikh Tutup : 22 April 2020
Pengambilan Sesi Oktober 2020
MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledang dan KKTM Kuantan sahaja:
- Tarikh Buka : akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
Pengambilan Sesi Januari 2021
Semua KKTM dan IKM kecuali MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Ledangdan KKTM Kuantan:
- Tarikh Buka : akan dikemaskini
- Tarikh Tutup : akan dikemaskini
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara online di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Online, di pautan yang kami sediakan di bawah:
BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)
- Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan bagi yang sudah mendaftar
- Untuk pengguna baru, sila buat pendaftaran dahulu dengan menekan butang ‘pengguna baru’
- Tiada pembelian no pin dikenakan untuk ambilan Oktober 2019 dan Januari 2020
PERMOHONAN UPU ONLINE (Hanya untuk sesi Julai)
- Tarikh : 24 Februari 2019 sehingga 7 April 2020
- Melalui permohonan UPU di pautan www.upu.moe.edu.my – Untuk permohonan sesi Julai ini Pemohon perlu membeli no. pin Unik ID
NOTA PENTING PERMOHONAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
- Penawaran pengambilan dibuat dua (3) kali setahun iaitu JANUARI, JULAI dan OKTOBER
- Terdapat pengambilan baharu pada sesi Oktober iaitu untuk kemasukan ke MJII, KKTM Petaling Jaya, KKTM Kuantan dan KKTM Ledang
- Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE:
- Kemasukan OKTOBER & JANUARI: www.tvetmara.edu.my – SECARA PERCUMA
- Kemasukan JULAI: www.upu.moe.edu.my – perlu membeli no. pin ATAU melalui aplikasi SPUPIM online – percuma
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IKM KKTM & MJII
KELAYAKAN AM PROGRAM SIJIL
IKM menawarkan pengajian peringkat sijil. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus subjek Sejarah
- Tidak buta warna
- Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
KELAYAKAN AM DIPLOMA
KKTM menawarkan pengajian peringkat diploma. Berikut merupakan syarat am kelayakan memohon:
- Lulus SPM atau setara atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
- Tidak buta warna
- Sihat tubuh bada dan tiada masalah kesihatan
- Berumur 18-40 tahun
- Warganegara Malaysia
- Bumiputra
*Untuk maklumat mengenai syarat & kelayakan kemasukan ke KPM, KKTM, IKM & MJII, panduan permohonan, maklumat tentang program yang ditawarkan, serta soalan lazim, sila layari laman web Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di pautan yang kami sediakan di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini anda boleh hubungi:
- Alamat: Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan
Raja Laut 50609 Kuala Lumpur - Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
- Fax:03-26914510
Kesimpulan
Semoga perkongsian kami kali ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat menara gading. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan!