Permohonan Insentif Pengeluaran Getah.
Apa itu Insentif Pengeluaran Getah? Bagaimana ianya dapat membantu pekebun-pekebun kecil getah di Malaysia?
Anda inginkan maklumat lanjut?
Pemberitahuan hari ini dengan artikel Permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) 2020 Online memberikan anda panduan mudah mengenai Insentif Pengeluaran Getah ini untuk rujukan mereka yang berminat.
Jom baca!
Isi Kandungan
Apa Itu Insentif Pengeluaran Getah (IPG)?
Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020.
LGM juga menyatakan IPG bagi bulan September 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 70 sen dan 60 sen sekilogram.
Pada bulan September 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram cuplump adalah RM2.10 untuk Semenanjung, RM1.80 Sabah dan RM1.90 Sarawak.
Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah
Ini bermakna harga getah disokong pada RM2.50 sekilogram apabila pekebun kecil menjual getah kepada pembeli getah berlesen (peraih) menggunakan kad PAT-G.
IPH TERAKTIF
LGM telah memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan September 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:
- Semenanjung : RM 0.40 sekilogram;
- Sabah : RM 0.70 sekilogram; dan
- Sarawak : RM 0.60 sekilogram.
Permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
Berikut kami kongsikan syarat-syarat kelayakan, proses permohonan untuk pekebun kecil getah, semakan dan sebagainya buat rujukan mereka yang berminat:
SYARAT KELAYAKAN PENERIMAAN IPG
Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak menerima Insentif IPG:
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia
- Memiliki PAT-G
- Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar
- Menjual getah – Lateks, USS dan cuplump
CARA PERMOHONAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)
Berikut adalah cara-cara permohonan untuk setiap kategori pekebun kecil getah yang terlibat:
PEKEBUN KECIL INDIVIDU
- Pekebun kecil akan menghantar tuntutan IPG ke dua-dua saluran berikut: Agen Pembeli Getah DAN Pejabat LGM
- Agen akan mengumpul tuntutan IPG dan menghantar ke pejabat LGM
- Maklumat tuntutan IPG akan diproses dan disemak oleh LGM
- LGM membuat bayaran IPG
- IPG dibayar terus ke akaun pekebun kecil
PEKEBUN KECIL DI BAWAH AGENSI (FELDA/FELCRA/JPS/LIGS)
- Agensi memproses tuntutan IPG & menghantar ke LGM
- Maklumat tuntutan IPG diproses oleh LGM
- LGM membuat bayaran IPG
- IPG dibayar terus ke:
- Akaun pekebun kecil Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
- Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS)
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan IPG adalah:
- Borang tuntutan IPG
- Salinan PAT-G (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Resit jualan getah
- Persetujuan pembahagian IPG (jika perlu)
- Salinan penyata / buku bank
Maklumat Lanjut Permohonan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
Sebarang pertanyaan mengenai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) ini anda boleh hubungi talian Hotline LGM di 1-800-888-474 (waktu bekerja) atau WhatsApp ke nombor 019 602 6001 / 109 625 7900 (selepas jam 5 petang) ATAU layari Portal Rasmi Insentif Pengeluaran Getah (IPG).
Semoga artikel kami hari ini dapat memberi banyak manfaat kepada pekebun-pekebun kecil getah yang terlibat. Kongsikan artikel dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH