Permohonan iSinar Surirumah KWSP
Tahukah anda tentang kemudahan Skim iSinar untuk surirumah? Surirumah juga boleh buat pengeluaran akaun 1 KWSP?
Anda berminat? Inginkan maklumat lebih lanjut?
Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan iSinar Surirumah KWSP Pengeluaran Akaun 1 2020 kami sediakan khas buat surirumah yang layak untuk membuat permohonan.
Jom teruskan membaca!
Isi Kandungan
Permohonan iSinar Surirumah KWSP Pengeluaran Akaun 1 2020
Kini surirumah juga layak untuk membuat pengeluaran daripada akaun 1 KWSP termasuk mereka yang terlibat di bawah Program i-Suri KWSP.
Bagaimana?
KRITERIA-KRITERIA SURIRUMAH YANG LAYAK MEMOHON
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Berikut kami sertakan contoh situasi surirumah yang layak untuk membuat permohonan iSinar KWSP:
SITUASI 1
- Wanita pernah bekerja sebelum ini, kemudian telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah selama bertahun-tahun
SITUASI 2
- Wanita pernah bekerja sebelum ini, kemudian telah berhenti kerja dan menjadi suri rumah pada tahun ini
SITUASI 3
- Wanita yang tidak pernah bekerja,tetapi mencarum melalui i-SURI KWSP
NOTA:
Makluman bagi surirumah yang ingin membuat permohonan:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
- Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula pada pertengahan Januari 2021.
CARA-CARA PERMOHONAN iSINAR SURIRUMAH KWSP
- Pemohon perlu layari laman web rasmi iSinar KWSP
- Kemudian klik pada PERMOHONAN BARU i-SINAR
- Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diminta
- Seperti makluman di atas. pemohon tidak perlu muat turun DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR
- Sila buat semakan sebelum anda membuat pengesahan
- Akhir sekali, klik pada butang HANTAR
Soalan Lazim (FAQ) iSinar Surirumah
Adakah surirumah layak mohon i-SINAR?
Ya, boleh mohon.
Bagaimanakah cara mohon i-SINAR?
Melalui portal i-SINAR
Bilakah surirumah boleh mohon i-SINAR?
Bermula 21 Disember 2020.
Maklumat Lanjut Permohonan iSinar Surirumah KWSP
Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home ATAU lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
Semoga artikel ini dapat membantu surirumah yang memerlukan bantuan tambahan untuk keluarga dalam menghadapi Covid-19.
Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang disarankan oleh KKM bagi kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara.
Selamat maju jaya kami ucapkan.
TERIMA KASIH