Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Jawatan PTD 2020 (400 Kekosongan Untuk Diisi)

Permohonan Jawatan PTD 2020 (400 Kekosongan Untuk Diisi)

Permohonan Jawatan PTD 2020.

Tahukah anda satu iklan jawatan PTD telah dibuka di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

Anda berminat?

Pemberitahuan dengan artikel Permohonan Jawatan PTD 2020 (400 Kekosongan Untuk Diisi) sebagai panduan khas bagi mereka yang berminat. Semuanya ada disini.

Jom baca!

OOO - Permohonan Jawatan PTD 2020 (400 Kekosongan Untuk Diisi)

Permohonan Jawatan PTD 2020

Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pengambilan PTD yang diuruskan pihak mereka masih terbuka kepada semua graduan yang berkelayakan dan bukan hanya kepada calon yang mempunyai ijazah kelas pertama sahaja.

Syarat-syarat perlantikan PTD masih kekal seperti biasa.

Gaji Pegawai Tadbir Diplomatik bermula dari RM2,422 sehingga boleh mencecah RM9,631.

Bonus-bonus tambahan yang dinikmati PTD:

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

BIDANG TUGASAN PTD

Antara tugas-tugas PTD termasuklah:

  • Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  • Pengurusan Kewangan,
  • Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  • Pengurusan Teknologi Maklumat,
  • Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  • Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  • Pengurusan Ekonomi dan
  • Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Tidak dinafikan bahawa jawatan PTD ini adalah buruan ‘fresh graduate’ kerana mungkin pada mereka ini  laluan sebenar untuk sampai ke puncak jawatan dalam perkhidmatan awam.

PROSES PENGAMBILAN PTD 2020

Seperti sedia maklum, setiap calon yang perlu melalui beberapa fasa ujian kelayakan sebelum bergelar PTD. Berikut adalah senarai ujian yang perlu anda lalui:

  • Peperiksaan Online PTD
  • Ujian Psikometrik
  • Ujian PAC (PTD Assessment Centre)
  • Temuduga
  • Lantikan ke jawatan PTD
  • Kursus latihan PTD
Baca Juga :  Cara Tukar Astro Ke NJOI (Jimat & Tanpa Bayaran Bulanan)

Setiap permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam perlulah dibuat melalui borang SPA8i sama ada secara online atau manual.

Sekiranya tercalon, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan secara online yang dijalankan setiap tahun oleh pihak SPA.

PEPERIKSAAN ONLINE

Peperiksaan online PTD mula diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan bertulis dan format peperiksaan online SPA mula digunakan untuk kesemua pengambilan jawatan dalam sektor kerajaan.

Peperiksaan ini melibatkan 2 seksyen utama iaitu:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Ianya bertujuan mengukur tahap pemikiran calon dan kelulusan peperiksaan ini adalah syarat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.

UJIAN PSIKOMETRIK/UJIAN PAC

Sekiranya calon lulus peperiksaan online di atas, calon akan diminta membuat ujian PAC.

PAC adalah mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Antara aspek yang diambil kira dalam ujian PAC termasuklah:

  • Kualiti personal seperti tatakelakuan, penampilan, keyakinan diri, penggerak kumpulan, dan potensi kepimpinan
  • Pengetahuan dan kematangan idea
  • Kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan debat ala parlimen
  • Calon PTD juga perlu menjalani ujian kecergasaan fizikal di mana calon diminta membuat ujian bangun tubi 1 minit dan ujian larian ulang alik 20 meter (bleep test).

Kemudian, tapisan terakhir sebelum dilantik ke jawatan PTD adalah temuduga yang dijalankan SPA.

Maklumat Lanjut Permohonan Jawatan PTD 2020

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan PTD, sila layari http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1609

Kesimpulan Permohonan Jawatan PTD 2020

Rebut peluang ini untuk mendapat tempat menjadi salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Selamat maju jaya kami ucapkan pada anda yang ingin mencuba.

TERIMA KASIH