Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

 

Permohonan kemasukan ke sekolah seni Malaysia. Untuk kemasukan ke tingkatan satu (1) sekolah seni malaysia bagi sesi persekolahan 2019 akan di buka pada 16 april 2018 (isnin) jam 12.00 tengahari sehingga 15 september 2018. Artikel  panduan ini khas untuk para ibu bapa dan juga penjaga yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah seni Malaysia

Sebelum kita meneruskan ke bahagian seterusnya, berikut di sediakan konsep sekolah seni Malaysia, falsafah sekolah seni Malaysia visi, Misi dan objektif sekolah seni Malaysia untuk pengetahuan ibu bapa dan penjaga sebelum memohon ke sekolah seni Malaysia.

 

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA - Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

 

KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)

Definisi Sekolah Seni Malaysia

Sekolah seni Malaysia merupakan sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Falsafah Sekolah Seni Malaysia

Sekolah seni Malaysia juga adalah suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.

Misi

  1. Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  2. Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  3. Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.

Objektif

  1. Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  2. Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  3. Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  4. Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  5. Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Baca Juga :  Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online

 

Syarat – syarat Permohonan kemasukan ke sekolah seni Malaysia

1. Warganegara Malaysia.
2. Mempunyai bakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
3. Sihat tubuh badan.
4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

 

Syarat Kemasukan

1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.
3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
6. Mengemukakan rekod kesihatan murid
7. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
8. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

 

Permohonon Secara Online Boleh di buat dengan melayari laman sesawang sistem pengurusan murid ke sekolah seni (essem) https://essem.moe.gov.my/

Manual pengguna untuk sistem permohonan murid ke tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Boleh di muat turun di sini

 

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
1. Zuraini Binti Abu Hassan
Tel : 03-88721620

2. Nurulhaslinda Binti Zolkernain
Tel : 03-88721659

Atau emelkan pertanyaan ke :
Email : mohonssem@moe.gov.my

Diharapkan semoga Semoga anak anda berjaya ditempatkan di Sekolah Seni Malaysia. Selamat maju jaya kami Ucapkan