Permohonan Kemasukan MRSM 2021 Bagi Tingkatan 1 & 4

Posted on

Permohonan Kemasukan MRSM 2021.

Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM bagi tingkatan 1 & 2 untuk tahun 2021?

Kami ada berita baik untuk anda!

Artikel kami hari ini Permohonan Kemasukan MRSM 2021 Bagi Tingkatan 1 & 4 sebagai panduan khas untuk anda yang berminat. Segala maklumat yang anda perlukan kami sediakan disini buat rujukan.

Jom baca!

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2021

Permohonan Kemasukan MRSM 2021

MARA mempelawa calon yang berminat, memiliki sahsiah terpuji serta jati diri yang tinggi untuk memohon dan seterusnya mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Calon yang berjaya memasuki sistem pendidikan MRSM berpeluang untuk menelusuri ekosistem pendidikan MARA selepas tamat pengajian di MRSM meliputi program persediaan dalam dan luar negara, pendidikan berasaskan TVET dan Profesional di institusi pendidikan MARA dengan tajaan dan pembiayaan MARA atau agensi lain.

Untuk makluman anda, kemasukan ke MRSM pada tahun ini mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon.

UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Ujian UKKM yang perlu dilalui oleh para calon ialah:

  1. Matematik- 20 soalan objektif (30 minit)
  2. Bahasa Inggeris- 15 soalan objektif (30 minit)
  3. Sains- 30 soalan objektif (30 minit)
  4. Keperibadian- 100 soalan objektif (30 minit)
  5. Hafazan dan Tulisan Jawi (pengambilan untuk Ulul Albab Sahaja) (35 minit).

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

SYARAT UMUM DAN KHUSUS KEMASUKAN KE MRSM

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke MRSM perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan umum dan khas di bawah:

Baca Juga :  Cara Menggunakan Google Classroom Untuk Guru

SYARAT-SYARAT UMUM

  1. Calon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa juga adalah warganegara Malaysia.
  3. Calon mestilah memohon atas talian (online).
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan.
  5. Bagi calon kurang upaya, calon mestilah boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

SYARAT-SYARAT KHAS

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Calon mestilah aktif dalam bidang kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

TEMPOH PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2021

  • Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 24 Ogos 2020 hingga 4 Disember 2020.

NOTA:

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

CARA-CARA PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM 2021

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat umum & asas di atas boleh terus buat permohonan dengan cara-cara dibawah:

  1. Layari laman web berikut iaitu https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  4. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Isi maklumat Nama, Email dan Sekolah dengan lengkap dan klik butang ‘Hantar.’
  6. Satu mesej memaparkan pendaftaran telah berjaya dan disertakan dengan kata laluan. Kata laluan tersebut juga dihantar ke email yang didaftarkan.
  7. Log in dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang diberikan.
  8. Kemudian, klik butang ‘Log Masuk.’
  9. Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan MRSM, dan Maklumat Pilihan Pusat Ujian dengan lengkap.
  10. Tandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut Permohonan Kemasukan MRSM 2021

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan ke MRSM bagi sesi 2021 ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222

ATAU

Calon boleh terus layari laman web MARA: https://www.mara.gov.my/

Semoga artikel ini dapat membantu cita-cita calon-calon pelajar untuk melanjutkan sesi pembelajaran tingkatan 4 dan 1 di MRSM.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan