Permohonan Kemasukan UPSI 2022

Permohonan Kemasukan UPSI 2022 (DPLI) Sesi Oktober Online

Permohonan Kemasukan UPSI 2022.

Berita baik buat individu yang ingin melanjutkan pelajaran di bawah program DPLI UPSI , anda kini boleh membuat permohonan secara online.

Bagaimana?

Apa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi?

Berapa pula jumlah yuran pembiayaan?

Semuanya kami kongsikan di Pemberitahuan dengan entri kami Permohonan Kemasukan UPSI 2022 Sesi Oktober Online buat rujukan anda.

Jom teruskan bersama kami!

Permohonan Kemasukan UPSI 2022 Sesi Oktober Online

Untuk makluman anda, Program DPLI merupakan salah satu sijil sebagai lesen untuk mengajar di sekolah kerajaan mahupun swasta.

Program ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah, di mana pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel.

Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

Antara kelebihan-kelebihan Program DPLI UPSI adalah seperti berikut:

  1. Tempoh pembelajaran yang singkat (1 tahun 6 bulan).
  2. Tempat pembelajaran mengikut negeri (Tidak perlu ke UPSI).
  3. Tenaga Pengajar khas daripada UPSI
  4. Mempunyai pengiktirafan MQA
  5. Waktu pembelajaran hujung minggu sahaja (Sabtu & Ahad)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Telah mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan.
  • PNGK tidak kurang daripada 2.00
  • Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Warganegara Malaysia

YURAN PENGAJIAN PROGRAM DPLI UPSI 2022

Yuran pengajian yang dikenakan mengikut semester adalah seperti berikut:

  • Yuran Pendaftaran: RM700.00
  • Yuran Semester 1: RM3,300.00
  • Yuran Semester 2: RM4000.00
  • Yuran Semester 3: RM4000.00
Baca Juga :  Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

Permohonan Kemasukan UPSI 2022

SENARAI KURSUS PROGRAM DPLI UPSI 2022

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan bagi setiap semester di dalam program ini:

SEMESTER 1

  • KPF 4013 : Falsafah & Perkembangan Pendidikan Malaysia
  • KPP 4023 : Aplikasi Psikologi Pendidikan
  • KPT 4033 : Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan
  • KPS 4043 : Sekolah & Masyarakat
  • QSS 4013 : Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum
  • KPD 4033 : Pengajaran & Kepelbagaian Pelajar

SEMESTER 2

  • KPF 4023 : Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
  • KPR 4063 : Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
  • PPP 4013 : Pemikiran Kritis & Kreatif
  • KPN 4053 : Pentaksiran Pembelajaran
  • KPD 4046 : Kaedah Mengajar

SEMESTER 3

KPD 4033 : Latihan Mengajar Di Sekolah

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN UPSI 2022

Bagi mereka yang berminat, anda boleh ikuti group telegram dibawah untuk panduan dan maklumat lanjut untuk membuat permohonan:

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH


Semakan Permohonan

Enable Notifications    OK No thanks