Pemberitahuan » Informasi » Permohonan KPM 2022 Online Sesi 2 Bulan Julai

Permohonan KPM 2022 Online Sesi 2 Bulan Julai

Permohonan KPM 2022 Online.

Berita baik buat mereka yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Profesional MARA (KPM), permohonan KPM bagi sesi 2 2022/2023 kini telah pun dibuka.

Permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2022/2023 Pengambilan Julai & Program Asasi Kolej MARA 2022/2023

Calon-calon yang menepati syarat-syarat kelayakan, dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, Pemberitahuan membawakan anda entri hari ini Permohonan KPM 2022 Online Sesi Julai (Kolej Profesional MARA) sebagai rujukan.

Jom teruskan bersama kami.

Permohonan KPM 2022 Online Sesi Julai (Kolej Profesional MARA)

Untuk makluman, berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkenaan permohonan kemasukan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 bulan Julai:

  1. Tarikh Permohonan KPM Sesi 2: 10 MAC 2022
  2. Tarikh Tutup Permohonan KPM Sesi 2: 30 Jun 2022
  3. Tarikh Pendaftaran: *Akan dikemaskini dari semasa ke semasa*

kolej profesional mara - Permohonan KPM 2022 Online Sesi 2 Bulan Julai

BIDANG-BIDANG YANG DITAWARKAN DI KOLEJ PROFESIONAL MARA

Berikut merupakan senarai bidang-bidang yang ditawarkan mengikut program:

PROGRAM DIPLOMA KPM

  • Diploma in Accounting;
  • Diploma in Business Information Technology;
  • Diploma in Business Studies;
  • Diploma in Computer Networking;
  • Diploma in Computer Science;
  • Diploma in Creative Digital Media Production;
  • Diploma in English Communication;
  • Diploma in Entrepreneurship;
  • Diploma in Halal Industry;
  • Diploma in Integrated Logistics Management;
  • Diploma in International Business;
  • Diploma in Islamic Banking & Finance;
  • Diploma in Landscape & Horticulture;
  • Diploma in Marketing;

PROGRAM ASASI KM

  • Asasi Perniagaan (Universiti Kuala Lumpur);
  • Asasi Perniagaan (Multimedia University);
  • Asasi Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional);
  • Asasi Perniagaan (UCSI University);
  • Asasi Perniagaan (Taylor’s University);
  • Asasi Perniagaan (Asia Pacific University of Technology & Innonation)
  • Asasi Perniagaan (Universiti Tun Abdul Razak);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Kuala Lumpur);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Malaysia);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Teknologi Petronas);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Multimedia University);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Tenaga Nasional);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Universiti Malaysia Pahang);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (UCSI University);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Taylor’s University);
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Asia Pacific University of Technology & Innovation);
  • Asasi Sains (Universiti Kuala Lumpur);
  • Asasi Sains (Management & Science University);
  • Asasi Sains (Malaysian Allied Health Sciences University);
  • Asasi Sains (UCSI University);
  • Asasi Sains (Taylor’s University);
  • Asasi Sains (Asia Pacific University of Technology & Innovation).
Baca Juga :  Semakan CCRIS Online dan Manual Melalui Bank Negara 2020

KM KPM Julai 2022 BI - Permohonan KPM 2022 Online Sesi 2 Bulan Julai

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

Mereka yang berminat boleh meneliti terlebih dahulu syarat kemasukan KPM di bawah sebelum ingin membuat permohonan:

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun
  • Berstatus Bumiputera (Pemohonan DAN ibu ATAU ayah berstatus bumiputera
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

SYARAT-SYARAT KHAS

Syarat-syarat khas adalah tertakluk kepada setiap bidang kursus yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA (KPM).

Anda boleh membuat semakan syarat khusus mengikut bidang di laman berikut:

Pemohon juga akan dipertimbangkan permohonan sekiranya:

  • Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undangundang oleh pihak MARA
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah

CARA PERMOHONAN KPM 2022 SESI JULAI SECARA ONLINE

Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon anda boleh terus mula membuat permohonan secara atas talian di:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Anda boleh merujuk pada garis panduan di bawah untuk langkah permohonan yang lengkap dan betul:

Kesimpulan Permohonan KPM 2022 Online

Sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua pemohon.

TERIMA KASIH