Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman.

Anda merupakan antara golongan yang terkesan akibat penularan Covid-19?

Tahukah anda Bank Negara Malaysia telah melanjutkan moratorium atau penangguhan bayaran pinjaman bank sehingga akhir tahun?

Anda berminat?

Baca artikel kami di Pemberitahuan hari ini Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Akibat Covid-19 dimana semua maklumat yang anda perlukan kami sediakan di sini.

Lanjutan Moratorium (Penangguhan Bayaran Balik) Pinjaman Bank

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia, kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya dijangka berakhir pada 30 September 2020.

Namun…

Pada 29 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk melakasanakan lanjutan moratorium selama 3 bulan (sehingga Disember 2020) dan bantuan bank bersasar yang khusus untuk rakyat yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

ringgit malaysia sukses menguat hari ini wAo7bU6qhn - Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank

Berikut kami kongsikan dengan anda syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan lanjutan moratorium ini:

4 KATEGORI KELAYAKAN PERMOHONAN

Individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020, dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

  • Moratorium lanjutan bagi tempoh 3 bulan
  • Institusi boleh melanjutkan tempoh moratorium bersasar bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan

Individu yang tidak hilang pekerjaan tetapi gaji terjejas atau berkurangan akibat Covid-19.

  • Pengurangan ansuran pinjaman yang selaras dengan pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pembiayaan
  • Selama tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Pemberian flesibiliti boleh dilanjutkan pada akhir tempoh tersebut, tertakluk kepada gaji peminjam
Baca Juga :  GrEP MARA 2022 Online: Permohonan & Semakan Status Pinjaman

Sewa Beli

  • Peminjam yang terjejas akan ditawarkan jadual ansuran pembayaran yang selaras dengan Akta Sewa Beli 1967

Pinjaman Lain

Individu dan semua peminjam PKS yang terjejas diberi fleksibiliti berdasarkan keadaan spesifik setiap peminjam termasuk yang seperti dibawah:

  • Membayar faedah sahaja dalam tempoh tertentu
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan
  • Memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil

NOTA:

Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN MORATORIUM PINJAMAN BANK

  1. Hubungi pihak bank yang terlibat. Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK mulai 7 Ogos 2020.
  2. Menerusi panggilan tersebut, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
  3. Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
  4. Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
  5. Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
    – Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
    – Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.

SENARAI NO TELEFON BANK DI MALAYSIA

Individu yang ingin membuat permohonan boleh menghubungi pihak bank di talian:

  1. Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
  2. Maybank: 1-300-88-6688
  3. CIMB Bank: 03-62047788
  4. Bank Islam: 03-26900900
  5. Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  6. Bank Muamalat: 1-300-88-8787
  7. Agro Bank: 1-300-88-2476
  8. AmBank: 03-21788888
  9. Affin Bank: 03-82302222
  10. Hong Leong Bank: 03-76268899
  11. Public Bank: 1-800-22-5555
  12. RHB Bank: 03-9206 8118
  13. HSBC Amanah: 1-300-88-2626
  14. MBSB Bank: 03-20963000
  15. Alliance Bank: 03-55169988
  16. OCBC Bank: 03-83149310
  17. Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
  18. SME Bank: 03-26037700
  19. Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888

Kesimpulan Permohonan Lanjutan Moratorium Pinjaman Bank

Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH