Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Bantuan Mahasiwa Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun yang lalu.

Bantuan ini akan diberikan kepada anak kelahiran Selangor yang menuntut di IPT seluruh Malaysia bagi meringankan beban mereka yang masih berada di IPT masing-masing.

Rujuk artikel Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan di Pemberitahuan hari ini untuk mendapatkan maklumat permohonan bantuan ini.

Jom teruskan bersama kami.

Bantuan Mahasiswa Selangor 2021

Untuk makluman anda, bantuan ini disediakan dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas kepada mahasiswa di kampus.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi menjayakan pelaksanaan inisiatif ini.

Bantuan Mahasiswa Selangor merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan dan Kebajikan Mahasiswa Anak Negeri Selangor dikelola secara terus oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor.

Tujuan utama bantuan ini disediakan adalah untuk membantu meringankan beban penuntut IPT dari seluruh Malaysia yang merupakan anak kelahiran Selangor yang masih tinggal di IPT masing-masing.

WhatsApp Image 2021 06 07 at 1.08.42 PM 500x165 - Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

Berikut kami kongsikan syarat permohonan, prosedur permohonan etc sebagai rujukan anda:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk melayakkan anda menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupaka mahasiswa kelahiran negeri Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor.
  2. Pemohon mestilah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri.

CARA MEMOHON BANTUAN MAHASISWA SELANGOR 2021

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu mengisi:
  • Isi kesemua maklumat yang diminta dengan betul dan lengkap.
  • Pastikan anda membuat semakan maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.
  • Selesai semuanya klik ‘Submit’ untuk hantar borang anda.
Baca Juga :  Pengambilan TLDM Sesi 223/21: Permohonan & Syarat Kelayakan

lecture - Permohonan Mahasiswa Selangor 2021: Bantuan IPT Barang Makanan

SOALAN LAZIM (FAQ)

Jika saya merupakan mahasiswa IPT di Selangor tetapi bukan lahir atau menetap di Negeri Selangor, adakah saya layak untuk membuat permohonan?

  • Tidak. Hanya mahasiswa anak Negeri Selangor dan tinggal di Negeri Selangor sahaja layak untuk memohon.

Adakah bantuan makanan tersebut boleh ditukar dengan bantuan tunai?

  • Tidak. Hanya bantuan berbentuk makanan dan keperluan asas sahaja akan diberi.

Apakah bentuk bantuan yang akan diterima menerusi bantuan ini?

  • Mahasiswa akan menerima bantuan berbentuk barangan makanan dan keperluan asas.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi pihak Unit Pendidikan Tinggi Selangor menggunakan saluran di bawah:

  • Talian: 3-5521 2303/03-5544 7073
  • E-mail pertanyaan ke: unitpendidikantinggi@selangor.gov.my

Selamat maju kami ucapkan.

TERIMA KASIH