Permohonan Online IPG PISMP 2020?
Berita baik buat adik-adik lepasan SPM di luar sana! Ini lah peluang terbaik untuk anda!
Pemberitahuan dengan artikel Permohonan Online IPG PISMP 2020 dijadikan sebagai panduan asas untuk adik-adik yang berminat untuk menjadi guru. Segala maklumat yang anda perlukan kami sediakan disini.
Adik-adik masih berminat?
Jom baca!
Isi Kandungan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Apa itu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)?
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal-bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia khas untuk pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
NOTA PENTING:
Bermula Sesi Akademik 2020/2021, pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu membuat pendaftaran permohonan melalui sistem UPUOnline yang dibuka mulai bulan Oktober 2019.
Permohonan Online IPG PISMP 2020
Berikut kami kongsikan segala maklumat mengenai cara permohonan, syarat-syarat permohonan, tarikh permohonan dan maklumat-maklumat tambahan yang lain buat rujukan anda:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999
- Sihat tubuh badan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Inggeris, DAN
iii. Sejarah. - Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Senarai calon yang tidak layak memohon PISMP adalah seperti berikut :-
- Pemohon yang sedang mengikuti Program PISMP atau Ijazah Sar. Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA PERMOHONAN IPG PISMP 2020 ONLINE
TARIKH PERMOHONAN
Pelajar lepasan SPM yang berkelayakan boleh membuat permohonan Calon Guru PISMP 2020 (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) seperti ketetapan berikut:
- TARIKH BUKA: 24 Februari 2020
- TARIKH TUTUP: 30 Mac 2020 (11:59 PM)
PERMOHONAN PENDAFTARAN UPU ONLINE
Pendaftaran Permohonan UPU hanya terbuka kepada calon-calon yang telah menduduki peperiksaan berikut:
- SPM 2017, 2018 dan 2019
- STPM 2019
- Matrikulasi/Pasum/Asasi
- STAM 2018 dan 2019
TIADA pembelian NO. UNIK ID diperlukan. Hanya lengkapkan pendaftaran di pautan yang kami sediakan di bawah:
- Pendaftaran UPUOnline Kemasukan Pelajar 2020/2021
- Daftar Akaun Baru dan isikan maklumat peribadi
- Pengguna boleh Login dan semak Program Pengajian yang ditawarkan
Nota : NO. UNIK ID tidak diperlukan untuk sesi pendaftaran pada waktu ini tetapi masih diperlukan sewaktu permohonan pada Februari hingga Mac 2020 (semasa pemilihan program). Penjualan NO UNIK ID bagi permohonan kemasukan akan dimaklumkan kemudian.
BORANG PERMOHONAN
Permohonan PISMP 2020 boleh dibuat secara online dengan mengakses applikasi permohonan PISMP IPG iaitu UPUOnline seperti yang disediakan di bawah:
- Applikasi permohonan : UPUOnline
- i. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN
- ii. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)
- iii. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN BAGI CALON LALUAN KHAS MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DI IPG
Berikut kami sediakan anda senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat pelajar di IPG seluruh Malaysia untuk rujukan.
Berikut adalah senarai bidang pengajian yang ada ditawarkan buat calon di IPG:-
- BAHASA IBAN (SK)
- PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SK)
- BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
- BAHASA MELAYU (SK)
- PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
- PENDIDIKAN JASMANI (SK)
- SEJARAH (SK)
- PENDIDIKAN SENI VISUAL (SK)
- BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
- PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
- PENDIDIKAN KHAS (SK)
- BAHASA CINA (SJKC)
- PENGAJIAN BAHASA INGGERIS : BAHASA KEDUA (TESL) (SJKC)
- BAHASA MELAYU (SJKC)
- MATEMATIK (SJKC)
- SAINS (SJKC)
- PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
- SEJARAH (SJKC)
- PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKC)
- BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
- PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
- PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
- REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
- PENGAJIAN B. INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKT)
- BAHASA MELAYU (SJKT)
- BAHASA TAMIL (SJKT)
- MATEMATIK (SJKT)
- SAINS (SJKT)
- PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
- SEJARAH (SJKT)
- PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKT)
- BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
- PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
- PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
- REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
- BAHASA CINA (SJKC) – LULUSAN UEC
- PENDIDIKAN ISLAM (SK) – LULUSAN SMA/SMU
- PPC – BAHASA ARAB – JORDAN
- PROGRAM KEMBAR – BAHASA PERANCIS
Maklumat Lanjut Permohonan Online IPG PISMP 2020
Nota Penting Permohonan IPG 2020
Untuk makluman, pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
- Pemohon adalah dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja danboleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
- Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
- Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak
Untuk sebarang maklumat lanjut:
Sila hubungi alamat/ telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my
KESIMPULAN
Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya buat adik-adik yang membuat permohonan IPG PISMP ini. Teruskan usaha anda dan jangan mudah putus asa! Kami berharap perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda.
Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan juga rakan-rakan anda yang lain.
TERIMA KASIH