Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Jawatan Kosong Bagi Penolong Penguasa Kastam Tahun 2018 Online. Ada di kalangan pembaca yang berminat untuk berkhidmat di Jabatan Kastam dan DiRaja Malaysia? Istimewa untuk semua yang mempunyai kelulusan Diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menurut makluman dari laman rasmi FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Portal Rasmi SPA, tarikh tuptup bagi Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 ialah pada tarikh 25 Mac 2018.

Terdapat 40 kekosongan jawatan yang ditawarkan manakala terdapat 80 untuk calon simpanan. Bagi tujuan permohonan, mana-mana pemohon yang berminat dan berkelayakan, bolehlah memohon secara online (borang SPA8i) di Portal SPA.

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 2018 Online

Di bawah ini iklan jawatan kosong SPA bagi bulan 3 (Mac) 2018. Diseertakan juga panduan bagi anda yang ingin membuat permohonan. Ini adalah kekosongan jawatan SPA terkini di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia:

  • Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 – 40 kekosongan

Cara Untuk Mengisi Borang Permohonan Online Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Untuk sebarang permohonan jawatan kosong, mestilah melalui Portal Rasmi SPA. Sama juga seperti jawatan kosong di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, mesti juga melalui Portal Rasmi SPA. Di bawah ini, penulis kongsikan cara mudah untuk membuat permohonan secara online bagi jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.

Pemohon perlu maklum bahawa semua permohonan perlu melalui pendaftaran pekerjaan di SPA8i.

Berikut adalah pautan yang anda boleh gunakan untuk membuat pendaftaran bagi pekerjaan yang anda ingin pohon tadi:

  1. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  2. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Nota Penting Permohonan Penolong Penguasa Kastam WK29 Secara Online

  1. Untuk pendaftaran permohonan jawatan, hanya diterima secara online dan permohonan dibuka sepanjang masa
  2. Pemohon tidak perlu menghatar sebarang surat atau resume
  3. Satu tahun, ini adalh tempoh sah laku permohonan
  4. Semuanya tertakluk kepada kekosongan jawatan yang diperlukan oleh Kementerian / Jabatan dan pemohon yang berjaya dipanggil ke temuduga ialah calon yang melepasi tapisan sahaja
  5. Bagi pemohon yang pernah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu membuat permohonan lain, Cuma perlu memastikan permohonan masih lagi sah
Baca Juga :  iSinar KWSP: Permohonan Pengeluaran Akaun 1 RM10,000 Online

kastam 630x380 - Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Maklumat Lanjut

Untuk anda yang berminat untuk berkhidamt dalam sector awam / kerajaan, anda perlulah mempunyai ciri-ciri peribadi seperti berikut bagi memastikan anda layak untuk berkhidmat dalam sektor awam:

  1. Mempunyai personaliti dan penampilan yang baik dan kemas
  2. Perlu ada semangat yang tinggi untuk bekerja dalam kumpulan
  3. Mempunyai integriti di dalam diri dan tidak mengamalkan rasuah (lebih-lebih bila berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, terdedah kepada risiko untuk menerima rasuah agak tinggi kerana akan ada pihak lain yang akan cuba menyogok pegawai)
  4. Perlua ada bakat kepimpinan (boleh digilap) dan mempunyai jati diri yang cemerlang serta teguh
  5. Ada kelayakan/ profesionalisme yang setaraf dengan jawatan yang dipohon semasa mengisi borang permohonan di SPA8i

Untuk makluman para pembaca serta para pemohon, sebarang semakan keputusan peperiksaan serta panggila atau keputusan temuduga boleh dirujuk secara dalam talian. Biasanya keputusan akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam

Penulis ingin mengucapkan selamat membuat permohonan bagi jawatan kosong di SPA8i iaitu Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 tahun 2018. Mudah-mudahan dengan permohonan secara online di Portal SPA ini memudahkan semua pemohon untuk mendapatkan kerja yang diinginkan. Semoga permohonan ini berjaya dan anda berjaya mengisi jawatan kosong yang terdapat di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.