Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Pinjaman Peribadi BSN Untuk Kakitangan Kerajaan 2020

Permohonan Pinjaman Peribadi BSN Untuk Kakitangan Kerajaan 2020

Permohonan Pinjaman Peribadi BSN.

Anda memerlukan dana dan ingin membuat pinjaman peribadi?

Bagaimana?

Artikel kami hari ini Permohonan Pinjaman Peribadi BSN Untuk Kakitangan Kerajaan 2020 kami sediakan khas buat mereka yang berkelayakan dan benar-benar memerlukan. Semuanya ada disini.

Jom baca!

Pinjaman Peribadi BSN 2020

Personal Loan 678x381 - Permohonan Pinjaman Peribadi BSN Untuk Kakitangan Kerajaan 2020

Untuk makluman anda, pinjaman peribadi BSN terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP)
  2. Skim Kakitangan Awam Negeri (SKAN)

SKIM KAKITANGAN AWAM PERSEKUTUAN (SKAP)

Apa itu Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP)?

Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) atau BSN SKAP ialah skim pinjaman peribadi yang disediakan bagi anda pelanggan BSN yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

SKAP adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional.

MANFAAT PINJAMAN SKAP

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)

SKIM KAKITANGAN AWAM NEGERI (SKAN)

Skim Kakitangan Awam Negeri atau SKAN pula adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional dan KHUSUS untuk kakitangan kerajaan di bawah Kerajaan Negeri.

MANFAAT PINJAMAN SKAN

  • Pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Tawarruq serta tidak bercagar (tidak perlu untuk mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk membuat permohonan)
  • Kadar keuntungan yang rendah (caj bermula daripada 2.48% p.a)
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel (boleh memohon sehingga maksimum RM400,000)
  • Tempoh pembiayaan yang panjang, di mana pilihan untuk tempoh bayaran balik bermula daripada 24 bulan (2 tahun) dan boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun
  • Tidak perlu menukar akaun gaji
  • Tidak memerlukan tandatangan daripada majikan untuk membuat permohonan
  • Mudah untuk membuat penyatuan hutang dengan institusi perbankan yang lain
  • Tiada caj dikenakan untuk pemprosesan permohonan
  • Tiada caj penamatan awal dikenakan sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian
  • Bayaran ansuran bulanan adalah melalui pemotongan gaji
  • Tidak dipengaruhi oleh rekod CCRIS (Pemohon yang mempunyai rekod buruk CCRIS masih boleh memohon, tetapi terpulang kepada bank selepas menyemak rekod kredit pemohon dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh bank)
  • Tempoh kelulusan dari 1 hari sehingga 7 hari bekerja
  • Juga terbuka untuk kakitangan Kerajaan Negeri yang bukan bekerja tetap (kontrak/sementara)
Baca Juga :  Cara Mohon & Semak Status Pengeluaran iLestari KWSP

Permohonan Pinjaman Peribadi BSN 2020

Berikut kami sertakan cara-cara permohonan dan syarat-syarat kelayakan pinjaman untuk setiap jenis pinjaman buat rujukan mereka yang berminat:

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN BSN SKAP

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

SYARAT-SYARAT KHAS

  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

CARA-CARA PERMOHONAN PINJAMAN BSN SKAP (DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  4. Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN BSN SKAN

SYARAT-SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

SYARAT-SYARAT KHAS

  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang bekerja tetap, mestilah telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan
  • Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang berstatus kontrak/sementara, mestilah telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu ada penjamin. Penjamin mestilah kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan

CARA-CARA PERMOHONAN PINJAMAN BSN SKAN (DOKUMEN YANG DIPERLUKAN)

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. HRMIS atau Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara
  4. Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

Kesimpulan Permohonan Pinjaman Peribadi BSN

Semoga artikel kami ini dapat membantu kakitangan awam khususnya yang memerlukan dana kewangan untuk menyelesaikan urusan mereka. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH