Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI.

Berita baik buat pengusaha perniagaan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19! Anda kini boleh membuat permohonan pinjaman perniagaan di bawah Skim NaDI Selangor!

Bagaimana?

Teruskan membaca artikel kami hari ini Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000 buat rujukan mereka yang berminat untuk membuat permohonan.

Jom teruskan bersama kami!

Apa Skim NaDI Selangor?

Skim Niaga Darul Ihsan (NaDI) merupakan satu inisiatif yang diumukan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di dalam pembentangan Belanjawan 2021 Selangor untuk membantu usahawan di negeri Selangor mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan.

Melalui Skim NaDI ini pengusaha perniagaan yang layak berpeluang untuk menerima pembiayaan pinjaman perniagaan bermula dari RM1,000 hingga RM3,000.

Kepada mereka yang masih berminat berikut kami kongsikan maklumat seperti syarat kelayakan permohonan, cara permohonan, dan lain-lain buat rujukan anda:

Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

skim nadi selangor - Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pastikan anda memenuhi kesemua syarat di bawah sebelum ingin membuat permohonan:

  1. Pemohon perlu berstatus warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah rakyat Negeri Selangor.
  3. Pemohon berumur dari 18 hingga 60 tahun.
  4. Pemohon telah bermastautin atau menetap (tidak kurang 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor.
  5. Pemohon terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.
  6. Pelaksanaan skim adalah dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan) dan bersetuju menubuhkan kumpulan.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

Syarat pinjaman yang perlu dipatuhi pula adalah seperti berikut:

  1. Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun).
  2. Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%.
  3. Pembiayaan pinjaman adalah daripada RM1,000 hingga RM3,000
Baca Juga :  Permohonan Pinjaman Perumahan LPPSA 2020 Online

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERNIAGAAN NaDI SELANGOR

Setelah anda memenuhi dan memahami kesemua syarat kelayakan di atas anda boleh terus membuat permohonan dengan cara di bawah:

  1. Anda perlu layari laman: SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap kemudian klik ‘Submit’
  3. Pihak Hijrah Selangor akan menghubungi anda untuk memberitahu status anda LAYAK atau TIDAK
  4. Jika anda layak, sila pergi ke pejabat Hijrah Selangor yang berdekatan: SENARAI PEJABAT HIJRAH
  5. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    – 2 keping gambar berukuran passport.
    – Salinan kad pengenalan
    – Salinan kepala penyata akaun bank atau muka depan no akaun (yang menunjukkan no akaun).
  6. Isi borang permohonan yang diperoleh melalui pejabat Hijrah Selangor.
  7. Hantar borang permohonan dan dokumen ke pejabat Hijrah Selangor terbabit.

JUMLAH BAYARAN BALIK PINJAMAN NaDI

Jadual di bawah adalah jumlah bayaran balik pinjaman NaDI buat rujukan anda:

Jaduan Bayaran Balik Nadi - Permohonan Pinjaman Perniagaan NaDI Selangor Sehingga RM3000

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Skim NaDI ini anda boleh terus hunbungi pihak Hijrah Selangor di:

  1. Talian: 03-5519 1692
  2. Laman Web: http://www.hijrahselangor.com/