Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020

Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020

Permohonan Program Kerjaya Kemajuan

Apa itu yang dimaksudkan dengan PENJANA KPT-CAP? Golongan manakah yang terlibat dan menerima faedah melalui program ini?

Anda berminat?

Pemberitahuan hari ini dengan artikel Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020 merangkumkan segala maklumat yang anda perlukan untuk membuat permohonan program buat rujukan mereka yang berminat.

Jom teruskan bersama kami!

Apa Itu PENJANA KPT-CAP (Program Latihan & Kemajuan Kerjaya)?

Untuk makluman anda, PENJANA KPT-CAP adalah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) dijangka membantu siswazah menyesuaikan diri dengan tuntutan baharu pasaran kerja susulan penularan pandemik COVID-19.

Program ini merangkumi tiga subprogram iaitu:

‘Place and Train’ (skim latihan dan penempatan)

  • Place and Train adalah program yang memberikan latihan kompetensi oleh pemain industri kepada peserta PENJANA KPT-CAP. Setelah tamat latihan, beberapa peserta berpeluang mendapatkan pekerjaan dalam industri yang terbabit.

Keusahawanan

  • Program keusahawanan mendedahkan siswazah mengenai pengetahuan penting bagi memulakan syarikat termasuk kaedah mendapatkan dana.

Ekonomi gig

  • Program ekonomi gig akan memberikan latihan kompetensi yang akan membantu peserta menjana pendapatan secara freelancing.

MANFAAT PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Manfaat yang ditawarkan program ini adalah seperti berikut:

  • Program PENJANA KPT-CAP yang julung kali diperkenalkan ini unik kerana graduan dipastikan akan memperoleh pekerjaan selepas menamatkan kursus ditetapkan.
  • Kursus ini direka mengikut kehendak dan keperluan ditetapkan syarikat yang bakal mengambil graduan terbabit sebagai pekerja mereka.
  • Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran bukan saja untuk menangani graduan menganggur, malah memastikan golongan yang hilang pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 mengekalkan atau meningkatkan kemahiran mereka supaya memanfaatkan peluang ketika ekonomi beransur pulih.
Baca Juga :  Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP

PERMOHONAN PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Bagi graduan-graduan yang berminat dengan program ini anda boelh membuat permohonan/pendaftaran seperti berikut:

  • Pendaftaran melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT) yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi di link yang kami sediakan: DAFTAR PENJANA KPT-CAP

Cara Login GREaT MOHE PROGRAM PENJANA KPT CAP - Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020

loading - Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020 Loading...
EAD logo - Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020 Taking too long?

reload - Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020 Reload document
| open - Permohonan Program Kerjaya Kemajuan PENJANA KPT-CAP 2020 Open in new tab

Muat Turun [178.00 B]

TEMPOH BERMULA PROGRAM PENJANA KPT-CAP

PENJANA KPT-CAP yang akan bermula pada Oktober ini akan dikendalikan oleh ahli akademik, pengamal dan pemain industri di institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara, bertujuan membantu siswazah menganggur pada 2019 dan mereka yang telah menamatkan pengajian pada 2020.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai program ini anda boleh hubungi maklumat di http://great.mohe.gov.my/

Kesimpulan Permohonan Program Kerjaya Kemajuan (PENJANA KPT-CAP)

Semoga peluang yang disediakan kerajaan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh graduan-graduan yang memerlukan pekerjaan di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH