Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Semasa PKP Online?
Adakah anda berada di kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ingin pulang ke rumah atas urusan kerja dan sebagainya?
Artikel Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Semasa PKP Online memberikan anda panduan mudah. Semua maklumat yang anda perlukan ada disini.
Jom baca!
Isi Kandungan
Permohonan Pulang Ke Rumah Dari Kampung Semasa PKP Online
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa ketiga, bermakna telah hampir 5 minggu
pergerakan terbatas dan berada di rumah. Namun demikian, ada juga yang terkandas di kampung halaman masing-masing dan meninggalkan rumah sendiri dalam jangka masa yang lama.
CARA MEMOHON KEBENARAN PULANG KE RUMAH DARI KAMPUNG
Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa cara untuk anda membuat permohonan untuk pulang ke rumah masing-masing:
Permohonan Online Melalui Aplikasi ‘Gerak Malaysia’
Aplikasi yang masih berada di dalam kajian awal pihak berkuasa ini merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi rakyat Malaysia untuk memudahkan rakyat Malaysia mendaftar permohonan pulang ke kediaman masing-masing.
Antara fungsi aplikasi ‘Gerak Malaysia’ ini adalah:
- Membantu kerajaan dan pihak polis dalam memerhati pergerakan yang bakal dilakukan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung.
- Menyimpan rekod perjalanan setiap individu yang memohon.
- Memudahkan proses penjejakan semula sekiranya berlaku penularan wabak dan sebagainya.
Suka untuk kami ingatkan kepada anda, kebenaran untuk pulang ke rumah masing-masing ini masih dalam kajian awal.
Menurut kenyataan Menteri Kanan (Senior Minister – Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jika dilaksana sekalipun, pergerakan akan bermula selepas 1 Mei 2020.
Menurut beliau lagi, Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dirancang dan dikeluarkan. Ianya bagi memudahkan pergerakan pulang ke kediaman masing-masing setelah mendapat jumlah permohonan melalui aplikasi GerakMalaysia.
Permohonan Pergerakan Antara Negeri (Gerak Malaysia)
Bagi peringkat awal dan bermula 26 April 2020, jika anda berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing atau tempat kerja, orang ramai (pemohon) perlu mendaftar Seperti berikut :







MUAT TURUN APLIKASI ‘GERAK MALAYSIA’
Berikut merupakan pautan melalui Android atau IOS yang kami sediakan untuk anda memuat turun aplikasi ini:
PDRM juga memberikan perancangan pergerakan untuk pemohon bergerak pulang mengikut negeri masing-masing. Berikut adalah jadual perjalanan yang telah dirancangkan oleh PDRM:-
- 1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
- 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
- 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
PDRM menegaskan, perjalanan perlu dilakukan mengikut hari yang ditetapkan pada permit pergerakan yang diluluskan sahaja.
Kesimpulan
Semoga rakyat Malaysia dapat memberikan kerjasama yang terbaik terhadap pihak kerajaan dalam melaksanakan pergerakan antara negeri untuk memastikan mereka yang terperangkap di kampung boleh pulang ke rumah masing-masing.
Sebar-sebarkan artikel ini untuk berkongsi manfaatnya.
TERIMA KASIH