Permohonan RELA Online MyRELA

Posted on

Cara Bagi Memohon Menjadi Anggota RELA Secara Online. Ada dikalangan pembaca yang berminat untuk melibatkan diri dalam anggota RELA? Penulis ada berita baik untuk anda yang berminat dan bekelayakan. Anda kini boleh membuat permohonan RELA secara online dengan menggunakan sistem pengurusan maklumat MyRELA. Malah, bagi yang ingin menyemak status permohonan RELA juga boleh menggunakan sistem yang sama.

Penulis juga kongsikan beberapa kemudahan yang diberikan kepada anggota RELA yang berkhidmat. Malah di bawah ini juga dikongsikan syarat permohonan, cara memohon RELA, dan pautan bagi sistem permohonan. Tidak ketinggalan juga, cara bagi membuat semakan bagi permohonan.

Cara Mohon Menjadi Ahli RELA Melalui MyRELA

Syarat Permohonan Untuk Menjadi Ahli RELA

Syarat-syarat am untuk menjadi ahli RELA adalah seperti berikut :-

  1. Mesti berumur 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia.
  2. Memiliki tubuh badan yang sihat dan mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi dan sedia berkhidmat.

Cara Membuat Permohonan RELA Secara Online Di MyRELA

Bagi anda yang ingin memohon secara online, anda boleh melayari pautan di bawah ini:

http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/permohonan_online

  1. Hanya browser firefox sahaja boleh digunakan
  2. Setelah anda berjaya memasuki laman web MyRELA, anda akan lihat paparan sistem Myrela. Klik pada menu Permohonan Online bagi membuat permohonan secara dalam talian (online)
  3. Anda akan melihat borang pendaftaran anggota baru
  4. Anda wajib mengisi semua maklumat yang bertanda * merah
  5. Setelah anda selesai mengisi semua maklumat yang diminta, anda perlu klik pada butang Hantar
  6. Sekiranya tiada masalah, anda akan mendpat mesej (dipaparkan), maklumat anda berjaya di hantar
  7. Tetapi, sekirnaya terdapat sebarang ralat seperti permohonan anda telah wujud atau sebarang ralat yang keluar, ini bermakna permohonan ada tidak berjaya di hantar.
Popular  Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Semakan Status Permohonan RELA online

Bagi pemohon yang berjaya membuat permohona, anda boleh membuat semakan status permohona  anda menjadi seorang ahli RELA dengan menggunakan pautan di bawah:

http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/semak_permohonan_online

  1. Masukkan nombor bagi MyKad anda dan klik pada butang Semak
  2. Setelah itu, anda akan melihat status permohonan anda, samada Berjaya atau Tidak

Klik pada pautan Cetak, bagi mencetak semua maklumat dan status permohonan anda sebentar tadi.

 

Faedah Keahlian RELA

Penulis kongsikan kepada para pembaca, 8 faedah menjadi anggota RELA:

  1. Percuma pakaian seragam atau uniform operasi
  2. Kursus dan latihan yang diberikan secara percuma. Malah akan dibayar elaun dan semua kos tempat tinggal serta makan minum ditanggung percuma
  3. Meningkatkan peluang untuk berkhidmat dengan agensi lain dan juga dengan syarikat keselamatan
  4. Semua caj rawatan dan kos kemasukan kad ditanggung sekiranya anggota terlubat dengan kemalangan semasa bertugas
  5. Sekiranya terlibat dalam kemalangan semasa menjalankan tugas, anggota akan mendapat perlindungan insurans
  6. Latihan akan diberikan percuma di mana-mana pusat latihan
  7. Anggota akan menerima elaun sebanyak RM6 sejam (elaun latihan dan bertugas)
  8. Tiada kos atau yuran dikenakan untuk menjadi ahli

Fungsi Dan Tugas Anggota RELA

Di bawah ini, disenaraikan 4 tugas dan fungsi anggota RELA:

  1. Menjadi duta kecil atau agen bagi kerajaan dalam penyebaran dan melaksanakan semua dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan
  2. Mempunyai jaringan kerjasama yang era tantara pasukan keselamatan dan mana-mana agensi penguatkuasaan
  3. Menjalankan aktiviti bersama masyarakat
  4. Dengan latihan yang diberikan, adalah diharapkan dapat membangunkan modal insan yang boleh diharapkan

 

Pemberitahuan.com

Komen anda

Komen