Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat.

Apa yang dimaksudkan dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR)? Bagaimana caranya untuk anda membuat permohonan dan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi?

Inginkan maklumat lanjut?

Teruskan membaca artikel kami hari ini Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online dimana kami bawakan anda maklumat terkini buat rujukan anda yang berminat.

Jom teruskan bersama kami!

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

RMR bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Rumah Mesra Rakyat atau RMR dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd yang pada awalnya adalah sebagai ‘Special Purpose Vehicle’ untuk melaksanakan Skim Rumah Keluarga Nelayan di Terengganu.

Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu:

  1. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
  2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Manakala RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.

Program RMRPlus adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak mendapat subsidi di bawah Program RMR1M kerana melebihi syarat minimum program.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

02 1024x570 1 - Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

rumah mesra rakyat spnb - Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 SPNB Online

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sebelum membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  4. Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  7. Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan MyKID & Dokumen Yang Diperlukan

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020

  1. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/
  2. Isi dan lengkapkan borang berserta dengan dokumen-dokumen (senarai dokumen di bawah)

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?

Terdahulu, Program RMR1M dibiayai oleh Kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh. Terkini sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh anak syarikat SPNB.

Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?

Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.

Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?

Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?

Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.