Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022 Secara Online

Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022 Secara Online

Permohonan Rumah Residensi Wilayah.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengenai program ini, ianya merupakan kesinambungan daripada Program RUMAWIP yang kini telah diperbaharui untuk menambahbaik manfaat golongan sasaran.

Warga kota khususnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah boleh mencuba untuk memohon untuk memiliki rumah idaman melalui program ini.

Bagaimana?

Pemberitahuan membawakan anda artikel Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022 Secara Online sebagai rujukan mereka yang berminat.

Jom baca!

Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022 Secara Online

Untuk makluman anda, Program Rumah Residensi Wilayah dengan tagline ‘Residensi Wilayah Residensiku’ merupakan program yang mensasarkan warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana untuk membeli dan memiliki rumah sendiri.

Rumah yang ditawarkan di bawah program ini merupakan rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.

Program rumah mampu milik ini hanya tertumpu di 3 kawasan Wilayah Persekutuan iaitu:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

CIRI-CIRI RUMAH YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM RESIDENSI WILAYAH

Penetapan sasaran baru bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.

Ciri-ciri jenis rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah seperti berikut:

  1. tiga (3) bilik tidur
  2. dua (2) bilik air
  3. dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard
  4. dalam bentuk rumah berstrata (rumah bertingkat, contohnya apartment / kondominium dll)
Baca Juga :  Permohonan RM600 Cuti Tanpa Gaji PERKESO

SENARAI PROJEK RESIDENSI WILAYAH

  1. Rumawip Setapak J
  2. Rumawip Bukit Jalil
  3. Rumawip Taman Miharja
  4. Residensi Max
  5. Residensi Laman Segar Hijau
  6. Residensi Alamanda
  7. Residensi MH Platinum 2 / Merdu

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH RESIDENSI WILAYAH 2022

Mereka yang berminat boleh teliti syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah sebelum ingin membuat permohonan:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Had umur pemohon adalah 21 tahun ke atas
  3. Pemohon mestilah dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Pendapatan kasar bulanan pemohon adalah di bawah RM10,000 untuk yang berstatus bujang dan RM15,000 bagi mereka yang sudah berkahwin.

CARA MEMOHON RUMAH RESIDENSI WILAYAH 2022 ONLINE

Mereka yang berkelayakan boleh terus mula membuat permohonan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut;

  1. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu di: PORTAL RASMI RESIDENSI WILAYAH
  2. Lengkap semua maklumat pendaftaran kemudian kemaskini profil peribadi anda.
  3. Selesai dua langkah di atas pemohon boleh mula memohon dengan ‘Memilih Projek Yang Diminati’
  4. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  5. Muat naik dokumen sokongan seperti dalam rajah berikut:
    • image 16 - Permohonan Rumah Residensi Wilayah 2022 Secara Online
  6. Kemudian sahkan profil anda dan juga dokumen sokongan. Selesai!

Maklumat Lanjut Permohonan Rumah Residensi Wilayah

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Residensi Wilayah ini, anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH

  • Unit Residensi Wilayah,
    Bahagian Sosio Ekonomi,
    Aras 5, Blok 2,
    Menara Seri Wilayah,
    Presint 2,
    Kementerian Wilayah Persekutuan,
    62100 Putrajaya.
  • Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
    Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
    Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
    Sabtu dan Ahad (Tutup)

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL

  • Aras 25, Menara DBKL 1,
    Jalan Raja Laut,
    50350 Kuala Lumpur
  • Tel : 03-26179154

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH