Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM.

Anda rasa anda dah buat yang terbaik di dalam peperiksaan SPM 2020, tapi anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan matapelajaran yang diberikan?

Jangan risau, adik-adik yang mendapat keputusan SPM hari ini dan ingin membuat semakan semula keputusan anda boleh membuat permohonan bermula 10 Jun sehingga 19 Jun 2021.

Bagaimana?

Dapatkan panduan lengkap anda dengan Pemberitahuan hari ini dengan merujuk artikel kami Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online.

Apa tunggu lagi?

Jom baca!

Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

Seperti yang dinyatakan di atas, calon SPM 2020 dan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan SPM boleh buat permohonan semakan semula matapelajaran yang dipilih sekiranya berlaku sebarang kesalahan dalam penandaan kertas peperiksaan.

Kami sertakan cara-cara untuk membuat permohonan semakan semula di bawah bagi mereka yang berminat.

PANDUAN PERMOHONAN SEMULA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

Keputusan permohonan semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Keputusan yang diberikan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

193756612 1626557374402028 8664134481310325368 n 1024x576 - Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online

PERMOHONAN SEMAKAN ONLINE

Cara semakan semula keputusan SPM online adalah seperti berikut:

  • Pengguna perlu layari: PORTAL RASMI eLEMBAGA PEPERIKSAAN
  • Kemudian klik pada ‘Perkhidmatan’ di bahagian kiri skrin anda.
  • Klik pada ikon ‘Semak Semula’
  • Klik ‘SPM’ kemudian isi ‘Butiran Peribadi Calon’ dengan lengkap.
  • ddfffrr e1623322014312 - Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 Online
  • Buat pilihan subjek yang ingin dibuat semakan semula.
  • Ikuti proses seterusnya sehingga lengkap dan hantar permohonan anda.

CARA BAYARAN

  • Pembayaran perlu dilakukan secara online banking (harga tertakluk kepada caj penghantaran keputusan semakan semula kepada pemohon)
  • Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.
Baca Juga :  Cara Semakan CTOS Online

PERMOHONAN SEMAKAN MANUAL

  1. Anda boleh membuat semakan semula secara manual dengan mengisi: Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020)
  2. Anda boleh dapatkan borang ini  disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya.

Isi semua maklumat borang permohonan seperti di bawah dengan lengkap:

  1. Nama Penuh
  2. No Kad Pengenalan
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. No. Telefon IuBapa Penjaga
  5. No Angka Giliran
  6. Tempat Mengambil Peperiksaan Nombor Pusat Peperiksaan & Nama Pusat
  7. Seterusnya masukkan maklumat mata pelajaran yang ingin disemak.
  8. Lengkapkan maklumat mengenai pembayaran dan pengesahan.
  9. Kepilkan juga semua maklumat lain yang diperlukan seperti salianan keputusan SPM.

NOTA:

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

CARA BAYARAN

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

PERMOHONAN SEMAKAN MELALUI POS

  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
  2. Cek persendirian tidak diterima sama sekali.

PERMOHONAN SEMAKAN MELALUI KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN

  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
  2. Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  3. Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Unit Menengah Atas: 03-8884 3175/3357/3356
  • Unit Khidmat Bantu: 03-8884 3785
  • Emel: e-mel lp.spm@moe.gov.my

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH