Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Posted on

Cara Menyemak WTD (Wang Tidak Dituntut). Pernah anda mendengar isitilah wang tidak dituntut? Mungkin ramai kerap mendengar istilah ini dalam masa setahun dua ini sejak ia dihebahkan melalui pelbagai jenis media. Untuk makluman para pembaca, terdapat banyak wang yang tidak dituntut sejak sekian lama di bank, firma ataupun syarikat. Untuk membuat semakan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang akan dikonsikan di bawah ini nanti. Bagi membuat permohonan semakan, anda boleh membuat permohonan tersebut di Bahagian Wang Tidak Dituntut (WTD), Jabatan Akuantan Negara Malaysia (JANM) dam juga di pejabat cawangan JNM. Berita baik untuk anda yang ingin menyemak secara dalam talian, pada tahun hadapan, 2019, akan diperkenalkan sistem eGUMIS untuk memudahkan anda.

Menerusi sumber akhbar Utusan, sebanyak RM5.6 billion dilaporkan masih belum diserahkan kepada empunya wang kerana tiada sebarang tuntutan yang dibuat oleh pemilik wang berkenaan. Mungkin dalam jumlah tersebut, terdapat juga duit daripada kalangan pembaca. Jadi buatlah semakan secepat mungkin.

Cara Membuat Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Di bawah ini dikongsikan beberapa cara untuk anda membuat semakan bagi Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara. Untuk pengetahuan anda, yang dimaksudkan dengan wang yang tidak dituntut ialah:

  1. Wang yang berada di dalam akaun bank yang sudah tidak aktif
  2. Bayaran rebat daripada pihak insurans ataupun takaful
  3. Bayaran elaun mahupun bonus yang diberikan kepada bekas pekerja. Ini termasuklah syarikat lama ataupun mana-mana firma

Bagaimana ini berlaku? Bagi syarikat-syarikat yang anda pernah bekerja sebelum ini, mungkin pihak syarikat tidak mampu untuk menyerahkan wang gaji / bonus kepada anda secara sendiri. Lalu pihak syarikat telah menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar WTD yang mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik WTD kepada tuan empunya duit / wang tersebut.

Popular  Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) DI JANM

Di bawah ini, dikongsikan 5 cara untuk membuat semakan WTD dengan mudah:

  1. Hadir ke mana-mana lokasi Jabatan Akauntan Negara (JANM) di seluruh negeri. Anda boleh merujuk lokasi JANM di setiap negeri di sini, Lokasi JANM
  2. Jangan lupa untuk membawa Kad Pengenalan / MyKad dan serahkan semasa berurusan di kaunter.
  3. Seterusnya pegawai JANM akan membuat semakan menggunakan sistem. Sepantas lima minit, anda akan mendapat tahu sekiranya anda mempunya WTD
  4. Semakan yang dilakukan di kaunter adalah percuma dan tiada bayaran atau caj perkhidmatan yang akan dikenakan
  5. Sekiranya waris sudah meninggal dunia, anda masih boleh membuat semakan. Anda cuma perlu membawa sijil kematian, sijil perkhawinan, sijil kelahiran dan surat sokongan untuk mengesahkan hubungan anda dengan waris.

Prosidur Tuntutan WTD : Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut

  1. Pemohon terlebih dahulu perlu mengisi borang tuntutan sekiranya terdapat wang yang tidak di tuntut
  2. Antara dokumen yang perlu disertakan ialah, Salinan MyKad, surat pengesahan bank berkaitan, penyata buku yang aktif bagi tujuan pembayaran balik
  3. Memuat turun borang UMA-7 daripada SINI
  4. Lengkapkan borang UMA-7 tadi dan tandatangan tidak dilupakan
  5. Sediakan Salinan MyKad (hadapan dan belakang) / passport bagi pemohon yang bukan berstatus warganegara
  6. Dokumen asal (buku bank / sijil simpanan tetap dan mana-mana yang berkaitan)
  7. Perlu diingatakn, anda perlu memastikan muka hadapan buku akaun / penyata bank anda telah disahkan oleh pihak bank
  8. Untuk bayaran, kaedah yang akan digunakan ialah kredit terus ke akaun yang dinyatakan

 

Selamat mencuba dan membuat semakan WTD. Semoga panduan yang diberikan ini membantu anda untuk mendapatkan kembali Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara. Semoga berjaya semua!

Popular  Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Jangan Lupa Share

Pemberitahuan.com

Komen anda

Komen