Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Skim PEKA 2.1 Bantuan Pengusaha Pelancongan

Permohonan Skim PEKA 2.1 Bantuan Pengusaha Pelancongan

Permohonan Skim PEKA 2.1.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 yang masih mengganggu kestabilan negara pastinya merencatkan perkembangan industri-industri ekonomi terutamanya industri pelancongan.

Berita baik untuk pengusaha pelancongan negeri Pulau Pinang khususnya Skim PEKA 2.1 disediakan khas untuk membantu mereka yang terjejas akibat PKP ini.

Anda ingin maklumat lanjut?

Artikel Pemberitahuan hari ini Permohonan Skim PEKA 2.1 Bantuan Pengusaha Pelancongan adalah panduan buat mereka yang ingin membuat permohonan.

Semua maklumat yang anda perlukan ada disini.

Jom baca!

Apa Itu Skim PEKA 2.1 Yang Dapat Membantu Industri Pelancongan?

Untuk makluman anda, skim ini ditawarkan oleh agensi pembangunan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada penggiat industri pelancongan Pulau Pinang yang layak.

Semua pengusaha industri pelancongan dan kreatif di Pulau Pinang kini boleh memohon bantuan pembiayaan melalui inisiatif Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan dan Skim Pinjaman Tanpa Faedah Dana Permulaan Industri Ekonomi Kreatif untuk membantu mereka mengekalkan perniagaan semasa pandemik COVID-19.

Ianya bertujuan untuk membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan negeri agar dapat meneruskan perniagaan dengan stabil semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

Bagaimana nak buat permohonan?

Berikut kami kongsikan pada anda syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan sebagainya buat rujukan anda:

Permohonan Skim PEKA 2.1 Bantuan Pengusaha Pelancongan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut syarat kelayakan permohonan Skim PEKA 2.1 yang anda perlu penuhi sebelum membuat permohonan:

  1. Nama Syarikat tidak disenarai hitam (CTOS).
  2. Syarikat mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.
  3. Syarikat Sdn. Bhd. atau pemilik perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Permohonan pinjaman ini HANYA untuk pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dan beroperasi di Pulau Pinang sahaja.
  5. Syarikat yang telah BERJAYA dalam permohonan SKIM PEKA 1.0 dan SKIM PEKA 2.0 TIDAK LAYAK.
  6. Syarikat atau Pengusaha Pelancongan yang mempunyai nilai jualan tahunan maksima RM 15 juta (akaun beraudit yang terkini) ATAU bilangan pekerja sehingga 75 orang.
  7. Pengusaha sektor pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC / Majlis Bandaraya Pulau Pinang / Majlis Bandaraya Seberang Perai.
  8. Pengusaha Yang Layak
  9. Hotel-hotel yang mempunyai lesen pihak berkuasa dan masih beroperasi.
  10. Tempat tarikan pelancongan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa, seperti MBPP, MBSP, Pejabat MOTAC dan/atau pengusaha pelancongan yang dianggap dapat membantu industri pelancongan oleh PETACE.
  11. Galeri Seni yang mempunyai lesen pihak berkuasa.
  12. SPA / Pusat Urut Kaki yang berdaftar dengan MOTAC.
  13. Pengusaha program Pengalaman HOMESTAY di Malaysia yang berdaftar dengan MOTAC.
  14. Pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC dan beroperasi di Pulau Pinang.
  15. Pengusaha feri dan cruise pelancongan.
  16. Tempat persembahan kesenian berlesen.
  17. Pengusaha-pengusaha lain yang boleh membuktikan kebergantungan utama mereka adalah pada sektor pelancongan serta terkesan atau mengalami impak negatif semasa penularan pandemik Covid-19.
Baca Juga :  Semakan Tawaran Penempatan SBP Tingkatan 1 Tahun 2020 Online

PETACE 3 1 - Permohonan Skim PEKA 2.1 Bantuan Pengusaha Pelancongan

CARA PERMOHONAN SKIM PEKA 2.1

Sekiranya anda memenuhi kesemua syarat kelayakan permohonan di atas anda boleh terus membuat permohonan dengan cara di bawah:

  1. Anda perlu memuat turun kesemua borang-borang permohonan di bawah dan lengkapkan segala maklumat yang perlu diisi:

Maklumat Lanjut Permohonan Skim PEKA 2.1

Sebarang maklumat lanjut mengenai SKim PEKA 2.1 ini anda boleh terus hubungi di talian 04 – 650 5133 / 017 – 581 5133.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pengusaha industri pelancongan di Pulau Pinang. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuh SOP yang disarankan oleh KKM untuk kita sama-sama memerangi dan memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

TERIMA KASIH