Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) 2021 Online

Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) 2021 Online

Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar.

Apa sebenarnya Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) dan manfaatnya untuk pelajar kita?

Siapa yang layak untuk membuat permohonan skim ini?

Anda berminat? Inginkan maklumat lanjut?

Artikel Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) 2021 Online di Pemberitahuan hari ini khas buat mereka yang berminat dan ingin membuat permohonan menjadikan artikel kami sebagai sumber rujukan.

Apa tunggu lagi?

Jom teruskan membaca!

Apa Itu Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP)?

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah.

NOTA:

Pinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA YANG TERLIBAT DALAM SKIP

Institusi Pendidikan MARA yang terlibat dalam SKIP adalah seperti berikut:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

KADAR PINJAMAN YANG DIBERIKAN

Untuk makluman anda, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.

Jumlah bantuan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (IPMA) yang diberikan adalah sebanyak maksimum RM3000 sahaja.

Baca Juga :  Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Online JomPAY

Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah maksimum pinjaman yang diberikan.

000e8a29 500 - Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) 2021 Online

Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) Online

Bagi mereka yang berminat, berikut kami sertakan maklumat berkenaan syarat kelayakan, cara permohonan dan sebagainya:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Pelajar yang mengikuti pengajian di IPMA sepenuh masa di peringkat pengajian berikut:
  • Persediaan / Pra Universiti
  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)
  1. Had umur bagi pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:
  • Persediaan / Pra Universiti: Tidak melebihi 20 tahun
  • Sijil / Diploma: Tidak melebihi 35 tahun
  • Ijazah Sarjana Mudah: Tidak melebihi 45 tahun
  1. Pelajar baru atau pelajar sedia ada (aktif) yang layak harus mempunyai baki pengajian tidak kurang dari 1 tahun.
  2. Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  3. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja / pihak lain.

CARA PERMOHONAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP)

Sekiranya anda memenuhi semua syarat kelayakan di atas, anda boleh terus membuat permohonan seperti di bawah:

  1. Dapatkan BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN KOMPUTER (SKIP) ini dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Kesimpulan

Semoga artikel kami ini dapat membantu meringankan beban ibu-bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak khususnya buat mereka yang menyambung pengajian di IPMA.

Kongsikan manfaat artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM untuk kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang mengancam kestabilan negara.

TERIMA KASIH