Pemberitahuan » Terkini » Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

spa8i 630x380 - Permohonan SPA8i Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Borang Bagi Lepasan SPM Pendaftaran SPA8i. Bagi anda yang baru sahaja tamat SPM tahun lepas dan berminat untuk berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Sekiranya anda betul-betul berminat, anda digalakkan untuk memohon pekerjaan di SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dengan menjalankan pendaftaran secara dalam talian (online). Pendaftaran ini boleh dibuat dengan menggunakan borang SPA8i atau juga dikenali Permohonan SPA8i (juga dikenali sebagai Borang Pendaftaran Jawatan Kosong Kerajaan).

Bilakah Jawatan Kosong Ini Dibuka?

Untuk makluman pembaca, permohonan jawapan kosong SPA ini dijalankan sepanjang tahun. Mana-mana pemohon dari kalangan ini adalah layak:

  • Lepasan SPM
  • Lepasan Sijil
  • Lepasan Diploma
  • Lepasan Ijazah

Bagi pembaca yang tergolong dalam kalangan 4 di atas ini, tolong jangan berlengha lagi, mari daftar sekarang di Portal Rasmi SPA sesegera mungkin. Mungkin sudah ada pemaca yang baru selesai menduduk peperiksaan dan temuduga SPA, anda boleh  membuat semak keputusan peperiksaan dan temuduga ini secara dalam talian (online).

Permohonan SPA8i Online Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan

Di bawah ini, penulis ingin kongsikan kepada para pembaca, cara-cara untuk mebuat pendaftaran pekerjaan di SPA. Anda perlu melengkapkan Pendaftaran Borang SPA8i (turut dikenali sebagai Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam).

Bagi mengakses borang SPA8i, anda boleh terus klik pada borang yang diberikan di bawah ini:

Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran pekerjaan di SPA melalui Pendaftaran Borang SPA8i ataupun dikenali sebagai Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan.

Seperti mana-mana laman web, pemohon perlu melakukan pendaftaran dahulu. Setelah mendaftar barulah pemohon boleh mengisi borang SPA8i. Untuk makluman anda, semasa pendaftaran, anda perlu menggunakan MyID sebelum boleh mengisi SPA8i. Sekadar info tambahan, MyID ialah nombor kad pengenalan.

Baca Juga :  Permohonan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Online 2022

Sekiranya dahulu, pengaktifan akan diberikan melalu emel, namun sekarang sistem SPA8i ini telah ditambahbaik dan tidak memerlukan pengaktifan melalui emel lagi. Kini, pengumuman SPA atau panggilan untuk temuduga sahaja yang akan diberikan makluman melalui emel. Untuk layak menduduki peperiksaan mahupun temuduga anda perlu berjaya melepasi tapisan awal dahulu.

  • Okay setelah anda selesai membuat pendaftaran, pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diminta. Contoh maklumat yang diminta ialah:
  1. Maklumat peribadi (nama, alamat, emel, nombor telefon)
  2. Maklumat akademik (tahap pencapaian)
  • Selepas selesai mengisi maklumat tersebut, anda perlu mengisi jawatan apakah yang ingin dipohon. Pastikan jawatan yang dipohon tersebut sesuai dan layak dengan kelulusan akademik anda.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan dan maklumat lanjut lagi, anda boleh terus merujuk dengan panduan pendaftaran SPA8i di bawah: Untuk maklumat lanjut, sila

Nota

Sila semak status pendaftaran anda dari masa ke masa bagi semua pemohon. Tujuannya ialah, bagi mengelakkan anda terlepas panggilan ke temuduga kelas. Pastikan juga anda membuat pengemaskinian permohonan SPA8i dan membuat permohonan untuk jawatan yang diiklankan sahaja.

Cara Hubungi

Skiranya anda mempunyai apa-apa soalan dan sebarang pertanyaa berkaitan Permohonan Borang SPA8i anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Anda ada aduan? Dan inginkan aduan anda disalurkan melalui saluran yang betul? Anda boleh ajukan secara terus dengan menggunakn sistem ePertanyaa SPA- (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
  2. Untuk urusan pengemaskinian SPA8i dan juga menyemak status permohonan anda, anda boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja. Ini keraja maklumat seperti temuduga dan juga peperiksaan di dalam sistem ini sentiasa akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam oleh webmaster.