Pemberitahuan » Terkini » Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) RM350 Online

Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) RM350 Online

Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal.

Adakah anda seorang belia negeri Selangor?

Anda ingin mengambil lesen motorsikal tetapi mempunyai masalah kos yang tidak mencukupi?

Tahukah anda bahawa program yang dikenali sebagai Roda Darul Ehsan (RIDE) adalah inisiatif yang dikenalkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu golongan belia mendapatkan lesen motorsikal?

Anda berminat?

Pemberitahuan menyediakan anda artikel Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) RM350 Online sebagai panduan khas dimana segala maklumat yang anda perlukan kami sediakan disini.

Jom baca!

Apa Itu Program Roda Darul Ehsan (RIDE)?

Berita baik untuk golongan belia negeri Selangor!

Kerajaan Selangor memperkenalkan inisiatif baru ini melalui Belanjawan Selangor 2020. Kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan ini dalam bentuk subsidi khusus bagi mereka yang berkelayakan untuk mengambil lesen motor yang dikenali sebagai program Roda Darul Ehsan (RIDE).

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata, borang permohonan akan diedarkan ke setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pemilihan akan dibuat Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Selain itu kita juga merancang adakan beberapa program untuk dapatkan peserta bagi program ini. Kita sedang atur kawasan mana program akan diadakan. Keutamaan akan diberikan kepada anak muda dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar,”

Sumber: SelangorKini

Inisiatif ini adalah sebuah program subsidi lesen motor yang bernilai RM350 setiap seorang bagi mengurangkan beban kos mengambil lesen motor. Peruntukan sebanyak RM1 juta juga bakal dimanfaatkan oleh 3,000 warga kota.

TERKINI:

Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pertambahan peruntukan sebanyak RM 1 Juta lagi ke dana asal menjadikan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM 2 Juta.

Menurut Menteri Besar Selangor, subsidi ini diberikan bukan sahaja bagi membantu anak muda memperolehi lesen motorsikal, tetapi untuk menggalakkan penerima menceburi bidang ‘e-hailing’ seperti Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Secara tak langsung ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) RM350

Berikut kami kongsikan kepada anda cara-cara permohonan subsidi lesen motorsikal ini daripada syarat-syarat permohonan, langkah-langkah permohonan, tarikh permohonan dan segala maklumat asas yang lain:

TARIKH PERMOHONAN SUBSIDI LESEN MOTORSIKAL (RiDE)

Inisiatif ini telah pun diumumkan oleh kerajaan negeri ketika pembentangan Belanjawan 2020 Selangor.

Baca Juga :  Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2020 Online

Menurut belanjawan tersebut permohonan akan dibuka pada Mac 2020.Berikut adalah tempoh permohonan yang dapat kami kongsikan bagi program Roda Darul Ehsan (RiDE):

Tarikh buka: 1 OGOS 2020
Tarikh tutup: (AKAN DIKEMASKINIKAN)

*Tarikh yang kami paparkan adalah berdasarkan Portal Selangokini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemohon berumur antara 17 hingga 30 tahun.
  • Permohonan ini layak bagi Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor, pelupusan dan tamat tempoh. Sekiranya ada anda perlu menamatkan sesi latihan dan ujian memandu bagi Lesen Memandu B2 terlebih dahulu dalam tempoh Januari hingga Disember 2020 sebelum membuat permohonan.
  • Pendapatan tidak melebihi RM2000.00 sebulan

NOTA: Syarat kelayakan yang kami paparkan adalah berdasarkan portal Selangorkini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kadar Bantuan Subsidi Lesen Motor 2020

Seperti yang telah diumumkan ketika Belanjawan Selangor 2020, kadar bantuan atau subsidi bagi lesen motorsikal di bawah Program Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah: seperti berikut:

  • Kadar Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) : RM350 seorang

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN SUBDISI MOTORSIKAL (RiDE)

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas anda boleh terus membuat permohonan mengikut cara-cara di bawah:

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi berikut: MSNSelangor.gov
  2. Muat turun borang permohonan roda darul ehsan (RiDE)
  3. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Borang permohonan PERLU disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri/Penyelaras DUN/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk di Negeri Selangor sahaja.
  5. Borang permohonan tersebut perlulah dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

Urusetia Program Inisiatif Roda Darul Ehsan,
d/a Majlis Sukan Negeri Selangor,
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.

Borang permohonan anda yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.

Carta Alir RiDE - Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) RM350 Online

Maklumat Lanjut Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, anda boleh hubungi:

  • Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu 03-55109063/03-55196380 ATAU
  • Hantar emel ke alamat admin@msnselangor.gov.my atau melayari laman web rasmi Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu http://www.msnselangor.gov.my/

Kesimpulan Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal

Kami berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada belia Selangor yang benar-benar memerlukan subsidi kerajaan Selangor untuk pengambilan lesen motorsikal ini.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain dan juga ahli keluarga yang memerlukan.

TERIMA KASIH