Pemberitahuan » Panduan » Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Permohonan Tabung Usahawan Wanita.

Tabung Bantuan Usahawan Wanita Kelantan merupakan inisiatif Kerajaan Kelantan yang menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Usahawan wanita khususnya yang berada di negeri Kelantan dan berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka boleh terus memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Bagaimana?

Jangan risau, Pemberitahuan bawakan anda panduan mudah dengan artikel hari ini Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online.

Semua informasi yang anda cari kami sediakan disini.

Tempoh permohonan bantuan ini adalah dari 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Jom baca!

Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.

Bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan akan kepada usahawan wanita Kelantan SAHAJA sama ada wanita/beliawanis/armalah/OKU bagi membantu memajukan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang sedang dijalankan.

SEMAKAN SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/beliawanis/armalah/OKU)
  2. Pemohon berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  3. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  5. Pemohon bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  6. Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja.
  7. Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  8. Kadar bantuan maksima adalah sebanyak RM4,000.00 sahaja.
Baca Juga :  Cara Daftar Kelahiran Online di JPN Dengan Mudah 2022

BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Screenshot 2021 07 22 at 13 52 47 BORANG B TUW 2021 NEGERI pdf - Permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2021 Online

Usahawan wanita yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan boleh terus mengisi borang permohonan dan ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:

  1. Pemohon perlu muat turun dan mengisi: BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN
  2. Pastikan pemohon mengisi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan sertakan borang anda dengan dokumen sokongan berikut:
    • Borang Permohonan yang disahkan oleh Penghulu Mukim dan ADUN.
    • Gambar berukuran passport.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Waris.
    • Salinan Kad Pengenalan Pasangan/ Waris.
    • Gambar Lokasi & Aktiviti Perniagaan.
    • Salinan Daftar Niaga (SSM).
    • Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  3. Kemudian hantar borang permohonan dan dokumen sokongan anda ke alamat berikut:
    • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,
      Blok 2, Aras 2,
      Kompleks Kota Darulnaim,
      15503 Kota Bharu, Kelantan

SOALAN LAZIM PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Adakah permohon boleh membuat permohonan bagi memulakan perniagaan?

  • Tabung usahawan ini hanya untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka yang sedang berjalan.

Jika saya berumur 19 tahun, adakah saya boleh memohon?

  • Ya. Permohonan dibuka kepada pemohon berumur 18 hingga 60 tahun.

Bolehkah bantuan tabung usahawan ini ditukar kepada bantuan kewangan?

  • Tidak. Bantuan tabung usahawan ini hanya dalam bentuk bantuan peralatan sahaja dengan nilai maksima RM4,000.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan di saluran berikut:

  • Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita: 09-7476568

Semoga usahawan wanita di Kelantan yang berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka akan terus berjaya bersama bantuan dana yang diberikan ini.

TERIMA KASIH