Pemberitahuan » Informasi » Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin

Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin

Pinjaman Perumahan Yayasan Perak.

Rakyat negeri Perak khususnya yang masih belum berpeluang untuk memiliki rumah sendiri kini boleh memohon pinjaman perumahan Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dibawah Program RMR Perakku Prihatin.

Program Perakku Prihatin menggunakan konsep pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).

Bagaimana nak memohon?

Rujuk artikel Pemberitahuan hari ini Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin dimana kami menyediakan informasi yang anda cari mengenai pinjaman perumahan ini.

Jom teruskan membaca artikel kami.

Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN AM

Syarat-syarat permohonan am pinjaman perumahan Yayasan Perak adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  5. Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  8. Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAMBAHAN

Syarat-syarat permohonan tambahan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti di bawah:

  1. Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
  2. Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
  3. SPNB atau Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Baca Juga :  Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam (Personal Loan) 2020

GHFGHGFGHFG - Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin dffffghj - Pinjaman Perumahan Yayasan Perak 2021: RMR Perakku Prihatin

CARA MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN YAYASAN PERAK 2021

Anda memenuhi kesemua syarat-syarat permohonan di atas?

Jom ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon:

LANGKAH 1: ISI BORANG PERMOHONAN & BORANG AKUAN KEBENARAN

LANGKAH 2: SEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

  • Sertakan sekali dengan dokumen-dokumen sokongan berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (jika Berkenaan)
    • Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
    • Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
    • Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
    • Salinan slip gaji (3 bulan terkini)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan bagi pemohon/pemohon kedua
    • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
    • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
    • Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
    • Borang Laporan Tapak Bergambar

LANGKAH 3: HANTAR BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP

  • Hantar borang permohonan berserta dokumen sokongan anda di alamat berikut:

Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.

ATAU

Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

NOTA:

  • Bagi pemohon yang layak, ansuran bulanan yang dikenakan adalah serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi.

Maklumat Lanjut

Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program RMR Perakku Prihatin boleh terus rujuk pihak berkenaan di saluran berikut:

  1. SPNB: 05-526 3876/4188
  2. Yayasan Perak: 05-255 2929

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka yang memohon untuk mendapatkan kediaman mereka sendiri.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH