Pemberitahuan » Informasi » Permohonan Bantuan Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40

Permohonan Bantuan Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40

Permohonan Bantuan Insan Johor.

Anda merupakan anak kelahiran Johor dan mempunyai perniagaan? Kami sediakan berita baik untuk anda yang mengalami kerugian sepanjang tempoh PKP!

Permohonan Bantuan Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 kami sediakan sebagai panduan lengkap untuk anda.

Berminat?

Jom baca!

Bantuan Insan Johor Peniaga

Untuk makluman anda, kerajaan negeri menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) akan melaksanakan Program Insan Johor dalam memberi manfaat kepada peniaga dalam kalangan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Program ini selari dengan hasrat kerajaan negeri meneruskan legasi kemakmuran Johor dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk menyediakan bantuan peralatan bagi membolehkan kumpulan sasar peniaga B40 dan M40 yang terkesan teruk susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 untuk menyertai atau menjalankan projek ekonomi dengan lebih aktif.

Matlamatnya untuk menyuntik daya saing, menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat sekali gus merancakkan lagi kegiatan ekonomi Johor.

NOTA:

Bantuan tidak membabitkan pembaikan, penyelenggaraan dan penambahan mesin atau peralatan sedia ada.

103320523 2383346401962523 1420893704460169805 o 736x1024 - Permohonan Bantuan Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40

Permohonan Bantuan Insan Johor

Berikut kami kongsikan pakej bantuan yang diberikan, syarat-syarat kelayakan, cara permohonan dan beberapa maklumat penting yang lain buat mereka yang berminat:

SENARAI PAKEJ BANTUAN INSAN JOHOR

Suka kami kongsikan bahawa bantuan ini merangkumi latihan dan kursus kemahiran bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas seperti ‘online marketing’ dan pengurusan kewangan.

Senarai 5 pakej bantuan ini adalah seperti berikut:

Pakej Jahitan

Pakej ini merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir dan alas meja. Antara peralatan yang akan diberikan ialah:

  • Mesin Jahit Lurus Industri
  • Mesin Jahit Tepi Industri
  • Mesin Jahit Sulam

Pakej Automotif

Pakej ini merangkumi bidang berkaitan kenderaan bermotor seperti bengkel motorsikal atau kereta. Peralatan yang akan diberikan antaranya ialah:

  • Air Compressor
  • Car Tyre Changer

Pakej Agro

Pakej ini merangkumi semua yang terlibat dalam bidang pertanian, perladangan dan tanaman. Antara peralatan yang akan diberikan ialah:

  • Mesin Rumput
  • Mesin Gempur Tanah

Pakej Gunting Rambut Lelaki

Pakej ini merangkumi bidang perkhidmatan untuk mengunting rambut. Peralatan yang akan diberikan melalui pakej ini ialah:

  • Barber Chair
  • Washing Chair
Baca Juga :  Pemeriksaan Kenderaan Percuma Puspakom (Daftar Temujanji)

Pakej Makanan dan Minuman

Pakej ini merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan makanan dan minuman termasuk produk makanan, sejuk beku, bakeri, dan lain-lain.

Pemohon dalam pakej ini akan menerima peralatan antaranya:

  • Industrial Oven (saiz kecil)
  • Heavy Duty Stand Mixer (saiz sederhana)
  • Chiller (1 pintu)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Sila semak syarat-syarat kelayakan anda sebelum membuat permohonan bantuan insan johor ini:

  • Lahir di negeri Johor
  • Berumur 18-60 Tahun
  • Di utamakan kepada yang belum pernah menerima bantuan peralatan dariada agensi kerajaan
  • Telah berdaftar perniagaan dengan SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah

TEMPOH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan Insan Johor ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh buka permohonan: 11 Jun 2020, bermula 3 petang.
  • Tarikh tutup permohonan: 4 Julai 2020.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN INSAN JOHOR

Untuk permohonan bantuan ini, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan melalui format ‘Google Form’.

Berikut kami sediakan pautan untuk anda mengisi borang permohonan tersebut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN INSAN JOHOR

  1. Setelah mengisi permohonan yang lengkap, klik submit untuk menghantar permohonan.
  2. Selepas tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan, jika pemohon tidak mendapat sebarang pemberitahuan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
  3. Pemalsuan maklumat di dalam permohonan akan menyebabkan permohonan pemohon terbatal serta-merta.
  4. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali sahaja sepanjang tempoh permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Insan Johor

  • Jika anda ingin mendapatkan info atau maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan pejabat Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) di alamat:

No 2, Jalan Iskandar Puteri 1/3,
Taman Nusantara Prima,
Iskandar Puteri Commercial Centre,
79200 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.

  • Waktu pejabat bagi Ahad hingga Rabu adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pada hari Khamis adalah dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang.
  • Individu yang berminat juga boleh membuat panggilan di talian 07-266 7271/7269 atau
  • Layari Facebook Unit Strategik Modal Insan Johor

Kesimpulan Permohonan Bantuan Insan Johor

Kami berharap artikel ini dapat membantu golongan peniaga B40 & M40 di Johor untuk kembali memulakan perniagaan mereka dengan yakin dan lancar. Selamat maju jaya kami ucapkan!

TERIMA KASIH