Pemberitahuan » Semakan Online » Kerajaan » Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350? 

Anda ingin mengambil lesen motorsikal tetapi mempunyai masalah kos yang tidak mencukupi? Adakah anda seorang belia negeri Selangor?

Tahukah anda bahawa program yang dikenali sebagai Roda Darul Ehsan (RIDE) adalah inisiatif yang dikenalkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu golongan belia mendapatkan lesen motorsikal?

‘Eh, ada ya? Dapat bantuan dari segi apa ya? Dapat motor baru ke?’

 Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350 kami sediakan hari ini khas untuk anda sebagai panduan untuk anda ketahui tentang serba sedikit mengenai program ini dan cara permohonannya.

Jom baca!

Apa Itu Program Roda Darul Ehsan (RIDE)?

Berita baik untuk golongan belia negeri Selangor!

Kerajaan Selangor memperkenalkan inisiatif baru ini melalui Belanjawan Selangor 2020. Kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan ini dalam bentuk subsidi khusus bagi mereka yang berkelayakan untuk mengambil lesen motor yang dikenali sebagai program Roda Darul Ehsan (RIDE).

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman berkata, borang permohonan akan diedarkan ke setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pemilihan akan dibuat Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Selain itu kita juga merancang adakan beberapa program untuk dapatkan peserta bagi program ini. Kita sedang atur kawasan mana program akan diadakan. Keutamaan akan diberikan kepada anak muda dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar,”

Sumber: SelangorKini

Inisiatif ini adalah sebuah program subsidi lesen motor yang bernilai RM350 setiap seorang bagi mengurangkan beban kos mengambil lesen motor. Peruntukan sebanyak RM1 juta juga bakal dimanfaatkan oleh 3,000 warga kota.

Menurut Menteri Besar Selangor, subsidi ini diberikan bukan sahaja bagi membantu anak muda memperolehi lesen motorsikal, tetapi untuk menggalakkan penerima menceburi bidang ‘e-hailing’ seperti Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Secara tak langsung ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Baca Juga :  Permohonan Dan Semakan Permohonan KPTM

lesen - Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Berikut kami kongsikan kepada anda cara-cara permohonan subsidi lesen motorsikal ini daripada borang permohonan, tarikh permohonan dan segala maklumat asas yang lain:

Tarikh Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal 2020

Inisiatif ini telah pun diumumkan oleh kerajaan negeri ketika pembentangan Belanjawan 2020 Selangor.

Menurut belanjawan tersebut permohonan akan dibuka pada Mac 2020.Berikut adalah tempoh permohonan yang dapat kami kongsikan bagi program Roda Darul Ehsan (RiDE):

Tarikh buka: 1 MAC 2020
Tarikh tutup: (AKAN DIKEMASKINIKAN)

*Tarikh yang kami paparkan adalah berdasarkan Portal Selangokini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Permohonan

  • Belia berumur 16 hingga 30 tahun
  • Berasal dari Selangor
  • Keutamaan diberikan kepada golongan miskin bandar

NOTA: Syarat kelayakan yang kami paparkan adalah berdasarkan portal Selangorkini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kadar Bantuan Subsidi Lesen Motor 2020

Seperti yang telah diumumkan ketika Belanjawan Selangor 2020, kadar bantuan atau subsidi bagi lesen motorsikal di bawah Program Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah: seperti berikut:

  • Kadar Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) : RM350 seorang

Borang Permohonan 

Seperti dimaklumkan oleh Portal Selangorkini, permohonan boleh dilakukan dengan cara pengisian borang permohonan di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Proses membuat permohonan Subsidi Lesen Motorsikal 2020, adalah seperti yang berikut:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tarikh permohonan dibuka.

Senarai Alamat Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN)

  1. Isi Borang Permohonan Subsidi Lesen Motorsikal 2020 dan hantar.

NOTA: Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor menyatakan akan merancang untuk mengadakan beberapa program bagi mendapatkan peserta bagi program ini di kawasan tertentu. Pendaftaran secara terus di program tersebut mungkin boleh dilakukan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, sila rujuk pautan yang kami sediakan dibawah:

Kesimpulan Permohonan Subsidi Roda Darul Ehsan RM350

Kami berharap artikel ini dapat memberi manfaat kepada belia Selangor yang benar-benar memerlukan subsidi kerajaan Selangor untuk pengambilan lesen motorsikal ini.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang lain dan juga ahli keluarga yang memerlukan.

TERIMA KASIH