Pemberitahuan » Kewangan » Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan

Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan

Program Subsidi Upah 4.0.

Kerajaan melalui Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) menyediakan sekali lagi inisiatif Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 yang merupakan lanjutan daripada Program Subsidi Upah sebelum ini.

Bagi meringankan beban kos yang terpaksa ditanggung oleh premis perniagaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PSU 4.0 dibuka untuk permohonan mereka yang berminat.

Untuk itu, kami di Pemberitahuan membawakan anda artikel kami hari ini Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan sebagai rujukan.

Kami sediakan semua maklumat yang perlukan mengenai PSU 4.0 disini.

Jom baca!

Apa Itu Program Subsidi Upah (PSU) 4.0?

Program Subasidi Upah adalah program bantuan kewangan oleh kerajaan yang dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Syarat ini telah dimansuhkan dan majikan boleh memohon PSU 4.0 walaupun gaji pekerja tersebut melebihi RM4,000.

Objektif utama pelaksanaan program membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mereka dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan mereka membuang pekerja.

Tempoh pelaksanaan PSU 4.0 adalah selama 4 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2021.

Jumlah bayaran yang diperuntukkan untuk bagi seorang pekerja dalam PSU 4.0 adalah sebanyak RM600.

Untuk makluman, majikan boleh menuntut sehingga 500 orang pekerja bagi pelaksanaan program ini.

Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan

Syarat permohonan dan prosedur permohonan adalah seperti yang dikongsikan di bawah:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk PSU 4.0 adalah seperti berikut:

  • Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  • Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
Baca Juga :  9 Pelan Terbaik Untuk Lebih Sukses Dengan Bisnes Online

*sebarang pertambahan syarat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa*

CARA PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

WhatsApp Image 2021 07 02 at 1.05.16 PM - Program Subsidi Upah 4.0 (PEMULIH): Permohonan & Syarat Kelayakan

Mereka yang berkelayakan boleh terus memohon dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Pemohon perlu layari: PORTAL RASMI PRIHATIN PERKESO
  • Pada bahagian ‘Program Subsidi Upah’ klik pada ‘Permohonan & Semakan’
  • Untuk memohon klik pada ‘Permohonan Baharu’ pilih negeri perniagaan anda beroperasi.
  • Isi semua maklumat permohonan yang diminta dengan lengkap dan betul.
  • Kemudian, muat turun dokumen-dokumen sokongan di bawah:
    • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
    • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
    • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
    • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
    • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.
  • Setelah permohonan dan dokumen sokongan anda lengkap klik pada ‘Hantar’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai program ini anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran berikut:

  • Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO: 1-300-22-8000

Selamat maju jaya kami ucapkan.

TERIMA KASIH