Pemberitahuan » Panduan » Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan Secara Online

Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan Secara Online

Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan Secara Online

Apa syarat-syarat permohonan program ini?

Pemberitahuan ada jawapannya!

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR1M) Secara Online memberikan anda segala maklumat asas yang perlu anda tahu mengenai program rumah yang sedang heboh diperkatakan ini. Kami akan membantu anda memahami satu-persatu tentang RMR1M ini.

Anda masih berminat?

Jom!

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)

Berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah.

Pihak kerajaan yang memang tidak pernah berhenti untuk cuba memenuhi keperluan rakyat telah menjayakan satu program di bawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat SPNB.

Program ni memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga (seperti biasa, ada syarat-syaratnya tau).

Initiatif kerajaan yang diwujudkan untuk membantu golongan ni dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB Mesra Sdn Bhd, dan menawarkan 2 program:

  1. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)
  2. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)

Tujuan utama RMR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup, untuk membina rumah sendiri.

Manakala RMRPLUS pula adalah program alternatif yang mensasarkan golongan yang tidak layak untuk mendapat subsidi RMR1M kerana tak memenuhi kriteria permohonan.

Bagi mereka yang gagal memohon RMR1M, atau permohonan telah ditolak kerana tak menepati syarat-syarat yang telah ditentukan, tapi jangan putus asa dulu kerana anda masih boleh cuba memohon untuk RMRPLUS. Ia mempunyai konsep asas yang sama, namun ianya khas untuk mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi telah melebihi syarat minimum program RMR1M.

Sekiranya anda dari golongan berpendapatan rendah tetapi mempunyai tanah yang sesuai untuk membina rumah, memang sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba memohon RMR1M.

Kerajaan juga ada sediakan subsidi bagi mereka yang membina Rumah Mesra Rakyat ni, jadi anda memang dapat jimat banyak.

Jika ikutkan kos binaan rumah tu RM70,000, ditambah pula subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Maknanya, anda hanya perlu mohon pinjaman bank untuk baki RM50,000 sahaja lagi. Bayaran bulanan rumah anda mungkin tak sampai RM300, dan dapat mendiami rumah sendiri, di atas tanah sendiri! Berbaloi bukan?

Baca Juga :  Kemaskini dan Semakan Permohonan BSH Fasa 2

Cara Mohon (RMR1M) Secara Online

Berikut kami sertakan segala maklumat yang anda perlukan seperti syarat-syarat peermohonan, cara membuat permohonan dan banyak lagi;

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)

Untuk membuat permohonan, kedua-dua program mempunyai syarat-syaratnya tersendiri, seperti yang tertera di bawah.

1) Syarat Permohonan RMR1M:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya.
  • Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

2) Syarat Permohonan RMRPLUS:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai tanah sendiri atau merupakan salah seorang pemilik.
  • Jika bukan tuan punya tanah, perlu mendapatkan keizinan daripada pemilik tanah dahulu.
  • Biayai kos pembinaan menerusi bayaran tunai atau berkelayakan untuk mendapat pinjaman bank atau institusi kewangan.
  • Syarat tanah adalah tertaluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan.

CARA-CARA PERMOHONAN (RMR1M)

Cara memohon untuk Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/ (*sedang dikemaskini), atau dapatkan dari pejabat wakil rakyat.
  2. Isi dan lengkapkan borang permohonan.
  3. Hantar borang yang lengkap diisi beserta semua dokumen diperlukan.
  4. SPNB akan menilai sama ada pemohon layak atau tidak untuk menerima bantuan (pemohon akan dimaklumkan sewajarnya).

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah (jika tanah orang lain).
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru.
  • Salinan slip gaji pemohon dan pasangan.

CONTOH RUMAH MESRA RAKYAT (RMR1M)

3 2 - Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan  Secara Online 2 - Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan  Secara Online Capture 1 1 - Rumah Mesra Rakyat 2020 (RMR1M): Permohonan  Secara Online

SOALAN LAZIM ( FAQ )

[sc_fs_multi_faq headline-0=”p” question-0=”Berapa lamakah tempoh yang di ambil untuk kelulusan permohonan?” answer-0=”Tempoh masa 3 bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima serta menepati syarat yang ditetapkan.” image-0=”” headline-1=”p” question-1=”Adakah boleh membuat permohonan sekiranya tuan tanah meninggal?” answer-1=”Tidak dibenarkan sama sekali kerana syarat utama adalah, Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.” image-1=”” headline-2=”p” question-2=”Berapa lamakah tempoh pembinaan yang di ambil untuk rumah mesra rakyat SPNB?” answer-2=”Tempoh pembinaan adalah tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong atau tarikh perjanjian.” image-2=”” count=”3″ html=”true” css_class=””]

KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian maklumat daripada kami kali ini dapat membantu anda memiliki rumah idaman anda sendiri. Rebut peluang ini untuk memastikan cita-cita anda tercapai.

TERIMA KASIH