Cara Semak Baki Akaun CIMB.
Apa cara-cara mudah untuk anda membuat semakan baki akaun CIMB anda? Susah ke senang?
Jangan risau, anda hanya perlu melakukan transaksi di rumah dengan syarat anda perlu ada telefon pintar dan juga sambungan internet. Semudah ABC lah katakan.
Nak tahu lebih lanjut?
Pemberitahuan.com ada dalam artikel kami Cara Semak Baki Akaun CIMB Mudah Secara Online.
Jom baca!
Isi Kandungan
Cara Semak Baki Akaun CIMB
Berikut kami kongsikan pada anda cara daftar dan beberapa alternatif yang disediakan untuk anda membuat semakan baki akaun CIMB dengan mudah:
CARA DAFTAR INTERNET BANKING (CIMB CLICKS)
Untuk login internet banking (CIMB Clicks) anda perlu mendapatkan USER ID dan juga PASSWORD.
Bagaimana?
Sila ikuti langkah yang kami sediakan di bawah:
- Pertama sekali, anda perlu layari CIMB CLICKS dan klik pada ‘REGISTER for CIMB CLICKS’
- Kemudian, pilih CIMB ATM, Debit, Kad Kredit | Pelaburan / Pinjaman / Pembiayaan
- Masukkan nombor ATM/Debit/Credit Card number 16 angka, PIN ATM 6 digit anda dan teks CAPTCHA yang dipaparkan
- Tandakan kotak ‘accept’ selepas membaca Terma dan Syarat, dan klik NEXT
- Taipkan kod pengaktifan 6-digit yang dihantar kepada Anda melalui SMS ke nombor mudah alih CIMB Bank / CIMB Islam yang Anda daftarkan dan klik ‘CONTINUE’
- Anda kini boleh membuat User ID, Password dan SecureWord dan masukkan nama ibu, dan alamat anda.
Settle dah! Senang je kan?
Mari kita lihat cara nak semak baki akaun CIMB pula.
SEMAK BAKI CIMB ONLINE
- Sila layari link yang kami sediakan ini CIMB Clicks Login untuk memulakan proses semak akaun anda.
- Kemudian pilih ‘I want to view My Accounts’
- Selepas itu, masukkan User ID anda.
- Klik butang login.
- Checklist (Yes, This is my Secure Word).
- Masukkan password anda
- Klik login.
- Pada Dashboard My Accounts Overview, baki akaun anda diberikan secara terperinci buat rujukan anda.
SEMAK BAKI MELALUI APP CIMB CLICKS
Untuk mendaftarkan perkhidmatan CIMB Clicks App, pelanggan mestilah mempunyai akaun simpanan/tabungan, nombor mudah alih bersama ATM aktif.
Perkhidmatan yang Anda boleh dapatkan di CIMB Clicks App ini ialah cek baki, transaksi mutasi akaun, transaksi pembayaran dan transaksi pembelian.
Berikut merupakan langkah untuk menggunakan app CIMB clicks ini:
- Download aplikasi CIMBclicks di Playstore/Appstore
- Sila masukan username dan pilih ‘I want to view quick balance’
- Masukkan password anda dan selesai!
- Anda juga boleh menggunakan fingerprint untuk login tanpa perlu memasukkan password anda.
Pelbagai kelebihan yang dapat anda nikmati di aplikasi ini kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang lengkap termasuklah fungsi melalukan transaksi wang dan sebagainya.
SEMAK BAKI MELALUI PHONE BANKING
Tak ramai yang tahu tentang perkhidmatan perbankan telefon dari bank CIMB, tetapi ianya juga merupakan salah satu cara untuk anda membuat semakan baki akaun CIMB anda.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan phone banking untuk urusan berikut:
- Semak baki akaun
- Semak senarai transaksi
- Minta pernyataan bank
- Semak amaun apungan
- Buat siasatan mengenai status semak*
- Pindahkan dana ke akaun anda sendiri
- Lakukan pembayaran bil
Cara daftar phone banking dapat melalui :
- Daftar di mana-mana ATM CIMB Bank dan dapatkan ID Rujukan dan T-PIN Anda
- Hubungi +603 6204 7788 dan bercakap dengan kakitangan CIMB Bank
Kesimpulan Cara Semak Baki Akaun CIMB
Bak kata orang putih ‘piece of cake’. Mudah sangat!
Kecanggihan teknologi masa kini pastinya memberikan kita kelebihan untuk menyelesaikan pelbagai urusan penting dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Tiada alasan lagi buat anda untuk mengeluh nak pergi ke bank dan sebagainya.
TERIMA KASIH