Pemberitahuan » Panduan » Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U

Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U

Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U? 

Apa langkah-langkah yang perlu anda lakukan? Bagaimana?

Tak mustahil di zaman dunia serba canggih ni untuk kita settlekan segala urusan menggunakan hujung jari saja.

Termasuklah nak semak baki ASB anda online menggunakan Maybank2U!

Macam mana tu? Susah tak?

Jangan risau, kami sediakan Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U untuk anda sebagai panduan. Semuanya ada disini.

Anda masih berminat?

Jom baca!

Malayan Banking Berhad (Maybank)

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank merupakan rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, dengan operasi-operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina.

Bank ini juga telah mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa.

Maybank merupakan bank yang terbesar di Malaysia dengan memiliki lebih daripada 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat.

Maybank2U

Maybank2u adalah sebuah aplikasi online yang membolehkan kita membuat pembayaran/pembelian secara online.

Dengan menggunakan Maybank2U, banyak urusan kita jadi mudah dan cepat settle. Ia lebih memudahkan kita untuk membayar bill broadband dari rumah sahaja melalui akaun maybank2u tanpa perlu berbaris di stesyen minyak.

[sc_fs_course html=”true” title=”Cara Semak Baki ASB Dengan Maybank2U” title_tag=”h2″ provider_name=”” provider_same_as=”” css_class=”” ] Berikut kami kongsikan dengan anda segala maklumat yang anda perlukan untuk semak akaun ASB dengan Maybank2U: [/sc_fs_course]

Daftar Dengan Maybank2U

Sebelum anda nak membuat semakan ASB menggunakan Maybank2U, bagi mereka yang tidak pernah mendaftar anda perlu lah mendaftar dahulu.

Ini adalah kerana segala transaksi menggunakan Maybank2u nanti, nombor TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda.

Macam mana nak buat? Kena pergi kaunter Maybank ke?

Eh tak perlu pun, anda boleh buat pendaftaran ini melalui online sahaja.

Langkah-langkah mendaftar dengan Maybank2U Online:

Suka untuk kami ingatkan agar anda betul-betul pastikan yang anda membuka laman web rasmi Maybank2U yang sah dan betul.

Baca Juga :  Semakan Skim MySalam B40 Permohonan & Syarat Kelayakan

Bukan, zaman semua online ni bahaya kalau kita tak berhati-hati. Ok kalau dah yakin anda di laman web rasmi Maybank2U, jom teruskan dengan langkah seterusnya:

  • Langkah 1: Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my dan log masuk
  • Langkah 2: Pilih ruangan “investment”
  • Langkah 3: Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
  • Langkah 4: Pilih ‘Add’ untuk daftar akaun ASNB
  • Langkah 5: Pilih product nama “Amanah Saham Bumiputera”
  • Langkah 6: Baca dan fahamkan akaun pengesahan (declaration). Klik kotak kecil di bawah dan klik “next”
  • Langkah 7: Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID, dan Nama Ahli. Klik ‘continue’
  • Langkah 8: Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘confirm’ untuk sahkan langganan.

Siap dah! Senang saja kan?

Lepas ni tak perlu lah anda bersusah payah nak check akaun ASB kat kaunter.

Okay settle daftar, macam mana nak buat semakan pula?

Langkah-langkah Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U:

STEP 1: Log masuk ke maybank2u

Pastikan anda buka pada website yang betul.

Untuk lebih selamat taip Maybank2u di Google Search, dan pastikan pautan yang keluar dari carian tu adalah betul.

  1.  Log masuk ke akaun Maybank2u anda dengan menggunakan “Username” dan Password”.
  2. Pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul (gambar dan “phrase” yang dipaparkan adalah sama seperti yang telah anda pilih semasa proses pendaftaran maybank2u).

Capture 9 - Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U

STEP 2: Tekan menu Wealth

Apabila akan dibawa ke paparan berikut, anda kini telah berjaya masuk ke dalam akaun maybank2u.

Sekarang anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang.

Malah, nak Semak Baki Pinjaman Kenderaan Menggunakan Maybank2u pun boleh.

Okay, tapi sekarang kita nak semak baki Akaun ASB anda.

Tekan menu diatas dan cari pilihan Wealth.

STEP 3: Klik Akaun ASNB

Akaun ASNB akan tertera dan tekan ASNB untuk paparan baki akaun ASB anda.

STEP 4: Semak Baki Terkini ASB

Akhirnya anda dapat lihat baki akaun ASB anda dipaparkan.

4 step je dah boleh semak akaun ASB? Mudah nya!

Haaa, dengan 4 step yang mudah dan boleh settle dalam masa 5 minit je ni anda dah boleh jimat masa, wang dan tenaga nak semak baki akaun ASB.

Dengan adanya Maybank2U, segalanya di hujung jari.

Kesimpulan Cara Terkini Semak Baki ASB Online Maybank2U

Pemberitahuan berharap maklumat kali ini dapat membantu memudahkan urusan hari-harian anda dengan adanya aplikasi Maybank2U yang boleh menyelesaikan segalanya dengan hujung jari.

Kongsikan artikel ini dengan sahabat handai dan keluarga yang mengunnakan Maybank2U atau yang belum sedia maklum akan kelebihan Maybank2U ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan!