Pemberitahuan » Panduan » Semak Jadual Kemasukan Duit PTPTN Secara Online

Semak Jadual Kemasukan Duit PTPTN Secara Online

Bagaimana cara semak bila duit ptptn masuk 2020 secara online?  Anda peminjam pinjaman PTPTN tahun 2020? Berminat nak tahu lebih lanjut?

Mari teruskan bersama kami di Pemberitahuan!

Sudah pasti akan menjadi lebih mudah untuk anda peminjam PTPTN dapat menyemak sendiri tarikh kemasukan duit PTPTN ini.

 Semak Jadual Kemasukan Duit PTPTN 2020 Secara Online dapat membantu anda mengikuti satu persatu proses yang perlu dilalui untuk membuat semakan online ini. Termasuk beberapa maklumat asas lain yang perlu anda ketahui buat mereka yang baru ingin mendaftar dengan PTPTN.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional” (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.

Cara semak duit ptptn masuk 2020 Secara Online

Berikut  kami kongsikan maklumat tentang tarikh kemasukan duit PTPTN bagi Universiti Awam dan Universiti Swasta di Malaysia;

Semakan Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2020

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi PTPTN secara online melalui pautan yang kami sediakan di bawah:

Baca Juga :  Permohonan Baru Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online

SEMAK TARIKH KEMASUKAN DUIT PTPTN

2. Masukkan Nama Kursus Pengajian dan tekan pada butang ‘Enter’.

Bagi yang baru ingin memohon pembiayaan PTPTN ini, kami sediakan maklumat asas untuk anda di bawah;

SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PEMBIAYAAN PTPTN 2020
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh KPM dan MQA.
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada KPM dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  7. Tiada penaja lain; dan
  8. Telah membuka akaun SSPN1M-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN1M-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN1M-i 15 digit.

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN 2020

Pemohon boleh buat permohonan PTPTN secara atas talian menerusi laman web rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/msk/

Nota :

i. Selepas anda menghantar dokumen yang lengkap diserahkan kepada pihak PTPTN, wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

ii. Untuk semak status pengeluaran pinjaman pendidikan PTPTN, sila layari pautan yang kami sediakan di bawah:

STATUS PENGELUARAN PINJAMAN

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PTPTN 

Sebarang pertanyaan lanjut tentang PTPTN, sila hubungi seperti berikut :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
Careline: 03 – 2193 3000
No. Faks: 03 – 2193 1263

KESIMPULAN

Semoga perkongsian kami kali ini dapat memudahkan segala urusan anda peminjam PTPTN ataupun mereka yang baru ingin memohon pembiayaan pinjaman PTPTN ini.

Selamat berjaya kami ucapkan!