Apa caranya untuk anda membuat semakan kelayakan Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 Online? Apa proses-proses yang perlu anda lalui?
Skim Peduli Kesihatan ini merupakan usaha kerajaan bagi menjaga kebajikan kesihatan rakyat bagi merealisasikan salah satu daripada janji mereka ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu. Dan antara janji tersebut adalah menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.
Faedah penjagaan kesihatan berkualiti akan tertumpu kepada saringan kesihatan, aktiviti pencegahan dan pendidikan dan promosi kesihatan terutama sekali penyakit tidak berjangkit dan penyakit kronik di peringkat pesakit luar.
Ini memberikan peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk menikmati bantuan saringan kesihatan sekaligus menaikkan lagi peratus rakyat Malaysia yang sihat dan cerdas daripada setiap golongan.
Entri Pemberitahuan kali ini membawakan anda artikel Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 Secara Online. Mudah sahaja, jangan risau.
Isi Kandungan
Skim Peduli Kesihatan (PeKa) B40 Khas Untuk Rakyat
Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) merupakan sebuah skim bantuan kesihatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mensasarkan golongan B40.
Menurut KKM pihaknya mendapat laporan sehingga 47.6% rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas dan tergolong dalam kalangan isi rumah B40 menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) yang belum didiagnosis.
Selain itu, sebanyak 3 daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kesihatan mental dan 32% merupakan daripada golongan B40 berbanding 28% bukan B40.
Angka peratusan ini berada pada tahap yang membimbangkan dan tindakan perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Maka, Menteri Kesihatan telah mencadangkan skim ini dan telah mendapat kelulusan dan peruntukan sebanyak RM 100 juta sebagai permulaan untuk membantu rakyat melalui skim ini.
Dijangkakan juga skim ini bakal memberi manfaat kepada 800,000 penerima. Melalui slogan ‘Lebih PeKa, lebih cakna’ KKM berharap dapat meringankan beban kos perubatan dan kesihatan yang dihadapi rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.
Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 Secara Online
- Skim PeKa B40 ini hanya terbuka kepada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Penerima skim akan didaftarkan secara automatik melalui perolehan data BSH
- Untuk membuat semakan kelayakan, anda boleh melayari pautan berikut:
Semakan Secara Atas Talian Kelayakan Menerima Skim PeKa B40
- Layari pautan di atas dan masukkan no kad pengenalan anda. Kemudian tekan butang semak
- Jika anda layak menerima skim ini, sila lawati klinik PeKa B40 yang berhampiran dan bawa bersama MyKad untuk membuat pemeriksaan kesihatan
- Lakukan pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama anda di klinik PeKa B40
- Buat lawatan kali kedua ke klinikl PeKa B40 untuk mendapatkan keputusan ujian makmal dan juga untuk tindakan susulan. Jenis ujian makmal adalah:
- Ujian kawalan gula dalam darah
- Ujian sel darah
- Ujian fungsi buah pinggang
- Paras kolestrol
- Ujian air kencing
MANFAAT PeKa B40
Saringan Kesihatan
Penerima skim PeKa B40 akan menikmati saringan kesihatan secara percuma. Saringan kesihatan bagi penerima skim PeKa B40 adalah wajib supaya penerima boleh menikmati lain-lain manfaat daripada skim ini. Antara saringan kesihatan yang disediakan adalah:
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
- Ujian darah dan air kencing
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk wanita dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki
Bantuan Alat Perubatan
Penerima skim PeKa B40 akan mendapat manfaat bantuan alat perubatan sehingga RM 20,000. Antara alat perubatan tersebut adalah:
- Alat sendi tiruan
- Perentak jantung
- Tent untuk jantung
- Alat bantuan pendengaran
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Protesis dan implan untuk tulang belakang
- Kerusi roda
- Kanta mata intraokular
- Protesis dan ortosis tulang anggota
- Bantuan sokongan nutrisi
Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Jika penerima disahkan oleh doktor menghidap kanser, penerima akan menerima bayaran RM 1,000 untuk melengkapkan pelan rawatan di Hospital KKM. Pembayaran akan dilakukan sebanyak dua kali ke dalam akaun penerima
Insentif Tambang Pengangkutan
Penerima skim PeKa B40 akan menerima bantuan sebanyak RM 500 (semenanjung) dan RM 1,000 (Sabah dan Sarawak) untuk meringakan beban kos perjalanan mendapatkan rawatan. Jumlah insentif ini adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan
KESIMPULAN
Semoga dengan inisiatif baru kerajaan untuk membentuk rakyat yang sentiasa sihat dan peka akan gaya hidup sihat ini dapat membantu kita secara peribadinya untuk berubah menjadi mereka yang sentiasa meletakkan kesihatan sebagai perkara utam dalam kehidupan.
‘An apple a day, keeps the doctors away’
Pemberitahuan mengucapkan selamat berjaya dan teruskan berusaha menjadi rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangi diri anda.
TERIMA KASIH