Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

Posted on

Bagaimana caranya anda nak buat semakan baki pinjaman AEON credit anda melalui online dan SMS? 

Kecanggihan teknologi sedia ada sekarang ini menjadikan yang apa yang mustahil suatu ketika dahulu menjadi kenyataan, anda sekarang ni boleh membuat apa sahaja semakan baki pinjaman dan sebagainya hanya melalui online dan SMS. Tak ada alasan lagi untuk anda untuk bayar lambat sebab terlupa dan sebagainya.

Tak perlu nak pergi ke mana-mana kaunter atau jabatan tertentu untuk membuat semakan atau bayaran lagi.

‘Kejap, AEON Kredit ni apa sebenarnya? Tak pernah dengar pun..’

Jangan risau, entri kami di Pemberitahuan kali ini membawakan khas untuk anda cara semak baki pinjaman AEON kredit secara online dan SMS.

Anda berminat? Nak tahu dengan lebih lanjut tentang AEON Kredit ni?

Teruskan bersama kami ya!

MENGENALI APA ITU PINJAMAN AEON CREDIT?

Sebelum itu bagi yang tidak tahu AEON Credit , ingin saya terangkan pada semua bahawa AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja sedangkan mereka sendiri bukanlah satu institusi bank. Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja.

Hutang yang diberi bukan hanya dengan duit tetapi juga dalam bentuk aset seperti barangan elektrik, motokar dan kredit kad. Faedah yang dikenakan juga agak sedikit tinggi dan jika pinjaman dalam bentuk wang tunai.

Tetapi kalau anda jenis yang berani mengambil risiko, apa salahnya yang penting sentiasa konsisten apabila membuat pembayaran semula nanti.

Kalau nak dikatakan dengan lebih mudah, lebih kurang macam along pinjaman, cuma bagi pinjam duit, letak faedah (bunga) dan kutip keuntungan dari bayaran balik. Takde turnover syarikat dari saham, unit trust, atau yang sewaktu dengannya seperti institusi bank yang lain.

Baca Juga :  Cara Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Pastikan diri anda mampu dari segi kewangan untuk membayar semula pinjaman anda.

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

CARA SEMAK BAKI PINJAMAN AEON KREDIT MELALUI SMS

1. Sentuh pada “Tulis Mesej” atau aplikasi SMS yang sama pada telefon pintar anda.

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

2. Hantar mesej kepada: 63633

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

3. Masukkan Kod pendek dalam bentuk ini: AEONKeyword (akhir 4-digit KP)

Semakan Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS & Online

AEON CREDIT CARD INQUIRY

KEYWORDS
AEON CCSTS 1234* – Application Status
AEON CCBAL 1234* – Outstanding Balance
AEON CCMIN 1234* – Minimum Payment Amount
AEON CCAVA 1234* – Available Limit
AEON CCACT 5678**1234* – Card Activation
AEON CCWAY – Payment Channel

**5678 = Last 4 digit credit card no.
*1234 = Last 4 digit new / old / I.C or passport no.

AEON-XPRESS Easy Payment Inquiry

KEYWORDS
AEON STS 1234* – Application Status
AEON BAKI 1234* – Outstanding Balance
AEON BAYAR 1234* – Payment Amount
AEON PENUH 1234* – Full Settlement Amount
AEON AKHIR 1234* – Final Payment Date
AEON CARA – Payment Channel

Kadar dan Caj:
Kadar Biasa Caj: RM0.50 per SMS Yang Diterima
Kadar SMS biasa akan dikenakan bagi setiap SMS yang tidak berjaya diterima.
Kadar SMS Standard adalah berdasarkan kepada pembekal rangkaian.

KESIMPULAN

Diharapkan artikel di Pemberittahuan kali imi dapat membantu menyelesaikan masalah atau memberi idea kepada anda pembaca setia kami.

Tutorial yang diberikan di atas mudah difahami sekaligus memudahkan urusan anda sebagai pengguna.

Sedikit peringatan daripada pihak kami, bagi mereka yang pernah meminjam dengan AEON Credit pasti tahu caj yang perlu dibayar jika terlewat membayar. Jadi pastikan anda bayar tepat pada waktu yang ditetapkan dan sentiasa konsisten untuk mengelakkan segala caj tambahan yang lain dikenakan ke atas anda.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA!