Pemberitahuan » Panduan » Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet (2020)

Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet (2020)

Sekarang ini anda boleh membuat Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet? Semua urusan boleh diselesaikan menggunakan eWallet ini.

Macam mana nak reload dan semak baki menggunakan Touch ‘n Go TNG eWallet ni?

Pemberitahuan ada jawapannya!

Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet (2020) merangkumkan semua perkara asas yang perlu anda tahu mengenai servis baru diperkenalkan ini. Sekurang-kurangnya anda tahu apa itu TNG eWallet dan fungsinya yang mampu memudahkan urusan anda.

Jom teruskan bersama kami!

Touch ‘N Go eWALLET

TNG Digital mendedahkan ciri baharu yang menawarkan integrasi antara kad fizikal TNG dan aplikasi mobil. Pengguna boleh menggunakan kad TNG fizikal untuk membayar tol sepanjang lebuh raya DUKE dan baki akan ditolak daripada eWallet (e-dompet) dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

Ringkasnya, kad fizikal TNG yang didaftarkan ke dalam eWallet akan digunakan sebagai medium melepasi semua lorong SmartTag dan Touch ‘n Go. Kemudian, caj tol akan ditolak secara langsung daripada eWallet. Bagaimanapun, sekiranya baki eWallet tidak mencukupi, barulah caj tol akan ditolak daripada baki kad fizikal.

Kita bukan saja akan tahu status kad TNG sebaik saja didaftarkan ke dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet, ciri terbaharu ini tidak memerlukan kita membuat isian semula ke lorong ‘Tambah Nilai’ atau berhenti ke mana-mana stesen minyak. Boleh terus saja guna kad fizikal kita di mana-mana lorong tol.

PAYDIRECT TNG EWALLET

Ramai yang memberikan komen negatif berikutan berlakunya kesesakan akibat baki kad yang tidak mencukupi. Pengguna terpaksa keluar kereta dan reload Touch ‘n Go di pejabat pengurusan atau stesen minyak berhampiran.

Namun masalah tersebut boleh diselesaikan dengan PayDirect TNG eWallet.

PayDirect diperkenalkan bagi memudahkan anda melalui kesemua tol tanpa perlu reload kad Touch ‘n Go sebaliknya baki yang tidak mencukupi akan ditolak terus dari eWallet anda.

Antara lebuh raya yang menyokong perkhidmatan PayDirect ini termasuklah:

  • Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
  • Damansara – Puchong Expressway (LDP)
  • Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
  • Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
  • Shah Alam Expressway (KESAS)
  • Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
  • Maju Expressway (MEX)
  • Butterworth Outer Ring Road (BORR)
  • PLUS (JITRA ONLY)
  • Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
  • Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
  • New Pantai Expressway (NPE)
  • Besraya Expressway (BESRAYA)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
  • Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
  • Guthrie Corridor Expressway (GCE)
  • Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
  • Butterworth Kulim Expressway (BKE)
Baca Juga :  5 Cara Berkesan Untuk Bebas Dari Hutang

Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet (2020)

Anda perlu download eWallet ini di AppStore (iOS) atau Google Play (Android) sekarang untuk menikmati servis yang disediakan.

TAMBAH NILAI TNG eWALLET
  1. Muat turun aplikasi eWallet ini ke telefon pintar anda untuk memudahkan proses yang seterusnya.
  2. Setelah selesai muat turun, masuk ke dalam aplikasi eWallet ini dan daftar satu akaun baru.
  3. Selepas berjaya melakukan pendaftaran, anda boleh menggabungkan penggunaan kad kredit dan debit di dalam aplikasi itu.
  4. Masukkan no kad fizikal Touch ‘n Go ke dalam aplikasi eWallet (nombor ini boleh didapati di belakang kad Touch ‘n Go anda)
  5. Seterusnya, anda boleh menggunakan kad kredit, kad debit, online banking atau pembelian pin no dengan penjual yang sah untuk tambah nilai.
  6. Buat pemindahan jumlah yang anda inginkan ke Touch ‘n Go dengan memasukkan no kad TNG anda.
  7. Selepas berjaya membuat pemindahan, anda perlu buka aplikasi ini dalam masa 24 jam, supaya anda dapat lihat balance yang anda masukkan di dalam aplikasi eWallet itu.
  8. Sekiranya anda tidak membuka aplikasi tersebut dalam masa 24 jam, duit yang anda masukkan ke kad Touch ‘n Go ini akan dipindahkan semula ke eWallet.
SEMAK BAKI TOUCH ‘N GO (eWALLET)

Untuk memudahkan proses melihat baki, muat turun aplikasi Touch n’ Go eWallet ke peranti pintar anda. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan juga iOS.

tng digital wallet 650x444 1 - Semakan Baki & Reload Touch ‘n Go eWallet (2020)

KESIMPULAN

Kami berharap perkongsian maklumat kami kali ini dapat memudahkan urusan anda menggunakan Touch ‘n Go eWallet ini dimana jua anda berada.

TERIMA KASIH