Pemberitahuan » Informasi » Semakan Bantuan PERMAI RM500 (Pemandu Teksi, e-Hailing)

Semakan Bantuan PERMAI RM500 (Pemandu Teksi, e-Hailing)

Semakan Bantuan PERMAI RM500.

Pemandu teksi, bas, dan E-hailing di seluruh negara yang pernah membuat permohonan one-off RM500 kini boleh membuat semakan permohonan samada lulus atau pun tidak.

Pemberian bantuan ini dilakukan bagi membantu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Ayuh terus membaca artikel kami hari ini Semakan Bantuan PERMAI RM500 (Pemandu Teksi, e-Hailing) sebagai rujukan untuk anda membuat semakan permohonan anda.

Jom baca!

Makluman Penerima Bantuan PRIHATIN 2020

Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing yang telah menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) akan terus layak menerima bantuan one-off ini tanpa melalui saringan kelayakan.

Walau bagaimanapun, hanya saringan lesen yang akan dijalankan bagi memastikan lesen mereka masih dalam tempoh sah laku.

Bantuan Permai 7 - Semakan Bantuan PERMAI RM500 (Pemandu Teksi, e-Hailing)

Semakan Bantuan PERMAI RM500 (Pemandu Teksi, e-Hailing)

Semakan bagi Bantuan PERMAI ini perlu dibuat melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Untuk membuat semakan kelayakan, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://permai2021.apad.gov.my/.
  2. Pilih kategori permohonan.
  3. Masukkan no kad pengenalan.
  4. Klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan semakan kelayakan dipaparkan.

TARIKH PEMBAYARAN

Bagi pembayaran bantuan one-off ini, pembayaran akan dilakukan secara auto kredit mulai 22 Februari 2021.

Namun, kepada pemandu teksi yang dikehendaki mendaftar di dalam portal http://permai2021.apad.gov.my/, pembayaran akan dibuat secara auto kredit mulai 15 Mac 2021.

Baca Juga :  Daftar MYFutureJobs PERKESO Online [Penjana Kerjaya]

SENARAI KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON

PEMANDU TEKSI DAN KERETA SEWA

Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.

PEMANDU BAS PERSIARAN

Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.

PEMANDU BAS SEKOLAH

Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.

PEMANDU E-HAILING  

Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.

Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.

Maklumat Lanjut Semakan Bantuan PERMAI RM500

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak APAD di talian 03-2603 6600 atau melayari laman web http://permai2021.apad.gov.my/.