Pemberitahuan » Panduan » Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Macam mana cara nak buat semakan dan bayaran bil internet streamyx atau unifi anda secara online? 

Sebelum ni, Telekom Malaysia (TM) menjadikan laman web MyTM untuk mengendalikan segala proses semakan dan bayaran bil servis internet anda.

Tetapi kini, segala semakan bil termasuklah servis kemudahan pembayaran bil secara online harus dibuat melalui portal Unifi yang baru.

‘Kalau nak semak/bayar melalui laman web unifi pula macam mana?’ 

Jangan risau, kami di Pemberitahuan hari ini menyediakan tutorial khas untuk anda cara semak dan bayar bil internet streamyx atau unifi anda secara online.

Teruskan bersama kami!

Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Mungkin masih ada yang tidak tahu macam mana nak semak bil Telekom Malaysia (TM) berkaitan bil telefon, bil internet Streamyx dan Unifi, ikuti langkah-langkah berikut. Simple je!

LANGKAH 1 – DAFTAR UNTUK AKSES PORTAL UNIFI

Daftar atau login dulu di laman web Unifi sebelum mendapatkan akses penuh ke portal tersebut:

Pendaftaran Untuk Kali Pertama

Cara Semak Bayar Bil Internet Syreamyx Atau Unifi Online 1 1 - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Login Selepas Pendaftaran Pertama

Cara Semak Bayar Bil Internet Syreamyx Atau Unifi Online 2 3 - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Untuk pendaftaran pertama anda perlu masukkan nama penuh dan alamat email anda (pastikan sama dengan email daftar servis TM untuk memudahkan urusan) atau anda juga boleh membuat pendaftaran pertama melalui Facebook atau Google.

Setelah selesai, anda boleh login mengikut sistem login yang anda gunakan ketika membuat pendaftaran pertama tadi.

LANGKAH 2 – LOGIN DAN SEMAKAN BIL INTERNET

Cara Semak Bayar Bil Internet Syreamyx Atau Unifi Online 3 - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Daripada paparan di atas, anda dapat melihat bil internet yang perlu anda bayar di ‘Total Amount’ dan sekiranya anda ingin menyemak butiran lengkap mengenai bil TM, samada bil telefon, streamyx mahupun Unifi anda hanya perlu klik pada ‘BILL DETAILS’ di kotak ‘BILLING’ ataupun klik sahaja pada ‘MORE DETAILS’ mana-mana pun boleh.

Kalau anda nak bayar bil TM secara online pun boleh menerusi portal Unifi ni. Macam mana? Senang je, anda klik pada butang jingga ‘PAY NOW’ ataupun daftarkan diri untuk autopay bill, Ia akan paparkan semua servis yang anda langgan menerusi TM.

Baca Juga :  Semakan Semula Keputusan SPM 2022 Secara Online

BAYARAN BIL-BIL MELALUI ONLINE

Nak bayar online ni, anda boleh bayar semua atau separuh sahaja daripada servis yang anda langgan. Terpulang kepada anda, macam mana anda nak bahagikan cara pembayaran bil anda itu.

Pembayaran online bil-bil online ni terbahagi kepada dua cara:

  • Pembayaran melalui kad kredit/debit
  • Perbankan online di Portal Unifi

Cara Semak Bayar Bil Internet Syreamyx Atau Unifi Online 4 - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Selesai sahaja anda memilih saluran untuk pembayaran perbankan online anda, klik pada butang ‘PROCEED’ dan siap! Mudah sahaja kan?

Cara Semak Bayar Bil Internet Syreamyx Atau Unifi Online 5 - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

Simple kan? Anda tak perlu melalui proses yang susah pun nak semak atau bayar bil internet anda. Dengan adanya lagi app myunifi, anda dapat menyemak bil anda pada bila-bila masa sahaja.

Mudah sangat, anda juga disediakan perkhidmatan myunifi app yang boleh di muat turun di App Store dan juga Google Play. Dengan ini anda boleh semak baki bil internet anda di mana sahaja.

Menggunakan APP itu, anda boleh mendapatkan maklumat seperti berikuit:

  • maklumat servis yang sedang anda langgan
  • baki yang perlu dibayar
  • tarikh akhir pembayaran
  • sejarah bil
  • sejarah pembayaran

Ketika anda membuat pendaftaran online di portal Unifi, pastikan anda memasukkan alamat email yang aktif, dan jangan lupa untuk lakukan pengesahan alamat email selepas itu, kerana dengan sistem baru ini, bill bulanan internet anda akan dihantar ke alamat email anda dalam bentuk PDF, jadi kalau anda letak alamat yang salah, banyak proses yang tergendala nanti.

Segala makluman pembayaran anda juga akan dihantar kepada alamat email anda. Pastikan semua butir peribadi anda tepat baru daftar ya, tak perlu tergesa-gesa.

Semakan Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online - Semakan & Bayaran Bil Internet Streamyx Atau Unifi Online

KESIMPULAN

Pemberitahuan berharap dengan perkongsian kami hari ini dapat membantu memudahkan urusan hari-harian anda sekaligus menjadikan anda pengguna yang bijak dan efesien dalam menguruskan bil-bil internet anda.

Gunakan akses internet anda dengan berhemah dan sentiasa berhati-hati melayari laman sesawang yang mencurigakan.

Dah check bil internet tu jangan lupa bayar ya!

Good luck!