Pemberitahuan » Informasi » Semakan Bayaran JKM 2020 Secara Online

Semakan Bayaran JKM 2020 Secara Online

Semakan Bayaran JKM 2020

Anda sudah membuat permohonan JKM? Bilakah tarikh pembayaran bantuan JKM bagi mereka yang lulus permohonan?

Bagaimana cara untuk anda membuat semakan?

Anda inginkan maklumat lanjut?

Artikel Pemberitahuan hari ini Semakan Bayaran JKM 2020 Secara Online memberikan anda panduan yang lengkap daripada cara permohonan sehingga ke cara untuk anda membuat semakan tarikh pembayaran.

Jom baca!

Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM

Berikut kami kongsikan makluman bayaran bantuan JKM buat rujukan anda:

  • Bantuan Bulanan JKM dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan
  • Bayaran bulanan JKM juga diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020
  • Contohnya pada bulan Oktober 2020, bayaran bagi bulan November akan dibuat bermula 20 Oktober 2020
  • Bayaran juga dibuat secara berperingkat mengikut jenis bank penerima bantuan JKM

Semakan Bayaran JKM 2020

PicsArt 12 29 05.36.20 - Semakan Bayaran JKM 2020 Secara Online

Kami sertakan pada anda panduan permohonan, semakan tarikh bayaran. semakan status permohonan dan lain-lain buat rujukan anda:

SENARAI DAN KADAR BANTUAN BULANAN JKM

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  2. Elaun Pekerja Cacat sebanyak RM450
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sebanyak RM300 Sebulan
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebanyak RM500 Sebulan
  5. Bantuan Orang Tua(BOT) sebanyak RM500

NOTA:

RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1000 sekeluarga.

CARA SEMAKAN BAYARAN JKM 2020

  1. Layari laman web rasmi jkm.gov.my untuk membuat semakan
  2. Anda perlu log masuk dan buat semakan bayaran bulanan JKM
  3. Jika bayaran telah dikreditkan, anda boleh ke bank yang berkenaan untuk mengambil duit bantuan anda.
Baca Juga :  Cara Buat Temujanji LHDN: Kaunter Rayuan BPR 2021

bantuan jkm 2020 - Semakan Bayaran JKM 2020 Secara Online

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN BULANAN JKM

Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan ingin menyemak status permohonan anda, berikut adalah cara-cara semakan:

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan anda dan klik pada butang ‘Semak’
  4. Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.

CARA PERMOHONAN BANTUAN BULANAN JKM

  1. Layari laman web eBantuan JKM untuk dapatkan BORANG PERMOHONAN
  2. Daftar permohonan mengikut negeri anda
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang-borang berkaitan dengan lengkap
  5. Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  6. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
  7. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

NOTA PENTING:

  • Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
  • Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

*Sila bawa dokumen di bawah semasa hadir ke pejabat*

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Maklumat Lanjut Semakan Bayaran JKM 2020

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi:

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau
  • Hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000 atau
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

Semoga artikel ini dapat meringakan urusan anda dalam membuat permohonan sekali membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Pastikan anda sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM bagi kita sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang masih melanda negara.

TERIMA KASIH