Info mengenai CCRIS masih dipandang enteng oleh lapisan masyarakat. Semakan boleh dilakukan secara atas talian sahaja menerusi laman web seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).
Oleh itu, sistem ini juga bertindak untuk mengumpul data dan maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta. Contoh mudah maklumat yang direkodkan termasuklah bayaran ansuran PTPTN.
Namun, harus diingatkan bahawa ia bukanlah sistem yang menyenarai hitam si peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak ya!
Isi Kandungan
Apa Itu eCCRIS Bank Negara Malaysia?
Ia merupakan kata singkatan untuk Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System yang telah diwujudkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM turut menggalakkan dasar kredit yang berhemat serta profesional dalam institusi kewangan terutamanya dalam hal pengurusan risiko kredit. Salah satu cara untuk mengawal dan menyelia institusi kewangan adalah dengan menyediakan khidmat ini kepada institusi kewangan peserta. Hal ini ternyata sangat membantu mereka untuk membuat keputusan pemberian pinjaman yang lebih efisyen berdasarkan maklumat yang sedia ada.
Semakan online boleh dilakukan di mana jua anda berada menerusi laman sesawang ini : https://eccris.bnm.gov.my/
Tiada had masa yang ditetapkan untuk buat semakan online ini dan jangan risau kerana ianya PERCUMA!
Apakah Maklumat yang Didapati via Semakan CCRIS Online?
Sudah semestinya anda akan dapat Laporan Kredit CCRIS. Laporan tersebut mengandungi maklumat kredit peminjam seperti di bawah:
a. Kredit Belum Berbayar
Semua kemudahan kredit yang diraih peminjam yang masih dalam status belum berbayar, seperti:
- Nama sendiri
- Akaun bersama dengan peminjam lain
- Nama tunggal atau perkongsian – Peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
- Nama badan profesional – Peminjamnya terdiri daripada anggota badan profesional tersebut; atau
- Nama syarikat
Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.
b. Akaun di Bawah Pemerhatian Khas
Semua kemudahan kredit belum berbayar yang berada di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.
c. Permohonan Kredit
Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh setahun atau 12 bulan sebelumnya. Permohonan tersebut masih dalam status diproses untuk diluluskan.
Siapa yang Boleh Memohon untuk Buat Semakan?
Sesiapa/mana-mana individu boleh melakukan semakan atas talian atau secara manual ini termasuklah:
- Mana-mana individu: Untuk laporan kredit sendiri
- Mana-mana individu: Untuk dapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri (keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan profesional)
- Mana-mana syarikat: Untuk laporan kredit sendiri
- Institusi kewangan: Apabila mendapat permohonan kredit dan ketika kajian semula kepercayaan kredit pelanggan sedia ada
- Agensi pelapor kredit berdaftar: Diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada si peminjam terlebih dahulu
Apakah Kepentingan/Kegunaannya?
Kebiasaannya, pihak bank akan meluluskan suatu permohonan jika rekod CCRIS menunjukkan si pemohon mempunyai rekod baik dalam membayar balik pinjamannya.
Bagaimana pula sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa hutang?
Nama kita tidak akan muncul dalam sistem ini. Situasi ini akan menyukarkan kita sewaktu ingin membuat permohonan pinjaman kelak.
Kenapa Terjadinya Situasi Sebegitu?
Bank tidak dapat menganalisa pattern atau behavior peminjam membayar balik pinjaman sama ada berdisiplin dan konsisten membuat bayaran atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, institusi kewangan mempunyai dasar tersendiri ketika memproses permohonan pembiayaan.
Sistem Informasi rujukan seperti Credit Tip Off Service (CTOS) turut memaparkan info dan maklumat kewangan dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank). Semak SINI untuk tahu cara semak CTOS.
Cara Semakan Online Percuma
Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengikuti langkah-langkah di bawah jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian via eCCRIS.
Langkah 1: Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform
Langkah 2: Sila lengkapkan maklumat dalam Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen yang diperlukan termasuklah:
- 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
- 1 salinan Pasport (bukan Warganegara Malaysia)
- 2 dokumen sokongan seperti lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP
Langkah 3: Hantar semua borang yang telah lengkap beserta dokumen di webform:
Cara Semakan (Manual)
Semakan boleh dilakukan secara manual sekiranya tidak mahu membuat semakan secara atas talian menerusi:
a. Kios dan di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM
Laporan kredit peribadi boleh dimohon di Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM, mana-mana cawangan AKPK dan di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM sendiri.
Jangan lupa untuk bawa MyKad/Pasport (untuk bukan warganegara Malaysia) anda ya. Laporan kredit akan dicetak pada waktu itu juga.
b. Memohon melalui Surat
Anda boleh memohon dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut sekiranya anda ingin memohon laporan kredit melalui surat.
- Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
- Borang Pengisytiharan Pinjaman
- Salinan MyKad yang jelas (bahagian depan dan belakang); dan
- Mana-mana 2 dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda yang jelas tertera pada setiap dokumen):
- Bil air
- Bil elektrik
- Bil telefon
- Penyata akaun bank
- Penyata kad kredit
- Penyata KWSP
Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh dimuat turun di laman sesawang http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik SINI.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut:
- Talian: 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara),
- Waktu operasi: 9:00am-5:00pm, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum
- Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my