Pemberitahuan » Terkini » Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

Semakan Daftar Pemilih SPR.

Sudahkah anda bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk pilihanraya yang akan datang?

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menyediakan pelbagai alternatif khas buat anda untuk mendaftar dan mengundi tak kira dimana sahaja anda berada.

Artikel Pemberitahuan hari ini kami bawakan khas untuk anda Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020 sebagai panduan khas untuk anda membuat semakan status daftar SPR. Mudah sahaja.

Jom baca!

Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

Berikut kami kongsikan beberapa maklumat mengenai daftar pemilih SPR untuk mereka yang berkaitan:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH

Antara syarat-syarat kelayakan daftar pemilih adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada hari mengundi
  3. Telah bermastautin di tempat atau kawasan mengundi (Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen)
  4. Tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang daripada melayakkan daftar pemilih
  5. Pendaftaran dilakukan selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum hari mengundi

KATEGORI-KATEGORI PEMILIH

Senarai kategori adalah seperti berikut:

PENGUNDI BIASA

Adalah mereka yang telah membuat pendaftaran sebagai pengundi dan perlu menghadirkan diri di Pusat Mengundi.

Pada hari mengundi, pastikan anda:

  • Datang awal ke Pusat Mengundi
  • Dapatkan slip Saluran Mengundi di Borang Semakan SPR
  • Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda
  • Apabila dibenarkan masuk sila ikuti prosedur yang telah ditetapkan
  • Segera beredar setelah selesai urusan mengundi. Pusat Pengundian adalah kawasan larangan bagi sabarang aktiviti lain.

POLIS

Baca Juga :  Cuti Umum 8 Jun Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong

Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.

Mereka terdiri daripada 2 sub kategori iaitu:

  • Pengundi
  • Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

TENTERA

Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.

Terdiri daripada dua kategori iaitu:

  • Pengundi
  • Pengundi Pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa, layak memohon undi pos.

PENGUNDI LUAR NEGARA

  • Pengundi tidak hadir (Luar Negara) – Tidak perlu memohon untuk Undi Pos
  • Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan telah mendaftar sebagai pengundi – Perlu memohon untuk mengundi secara pos

MEDIA

Anggota media yang membuat liputan pilihanraya semasa hari pengundian perlu memohon untuk mengundi secara pos.

spr - Semakan Daftar Pemilih SPR Melalui SMS & Online 2020

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR MELALUI ONLINE

Mereka yang ingin membuat semakan daftar pemilih SPR secara online berikut kami kongsikan cara-caranya di bawah:

  1. Anda perlu layari laman web rasmi berikut: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan bersambung tanpa “space” atau simbol “-“
  3. Kemudian tekan ‘Semak’

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR MELALUI SMS

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC (Contoh:920525125098) kemudian hantar ke 15888

Kesimpulan

Ayuh kita rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bagi menentukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Daftarkan diri anda sekiranya anda sudah layak mengundi.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

TERIMA KASIH