Pemberitahuan » Informasi » Semakan Daftar Pemilih SPR 2021 Secara Online & SMS

Semakan Daftar Pemilih SPR 2021 Secara Online & SMS

Semakan Daftar Pemilih SPR.

Anda telah membuat pendaftaran pemilih SPR sebelum ini? Jika ya, sudahkan anda membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui  lokasi atau tempat mengundi terkini anda?

Belum?

Pemberitahuan menyediakan panduan semakan dengan artikel Semakan Daftar Pemilih SPR 2021 Secara Online bagi memudahkan urusan mereka yang berkaitan.

Jom baca!

Semakan Daftar Pemilih SPR 2021

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDAFTAR SPR

Syarat minimum untuk anda mendaftar pemilih SPR adalah seperti berikut:

  1. Seorang warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan dan tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

spr - Semakan Daftar Pemilih SPR 2021 Secara Online & SMS

Berikut kami kongsikan panduan membuat semakan daftar pemilih SPR di atas talian/online:

CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH SPR 2021 ONLINE

  1. Layari laman web rasmi SPR
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan ‘ tanpa “-” atau “space”
  3. Masukkan Aksara Captcha
  4. Tekan ‘SEMAK’
  5. Semakan Daftar Pemilih akan di paparkan

CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH SPR MELALUI SMS

SPR juga ada menyediakan semakan untuk mendaftar sebagai pemilih secara SMS khususnya daftar pemilih tambahan undi pos.

Berikut adalah cara membuat semakan pengundi melalui kaedah SMS:

  1. Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888
  2. Taip SPR <jarak> No.I.C ( Contoh 85011126609) dan hantar ke 15888

Soalan Lazim (FAQ) Semakan Daftar Pemilih SPR

Apakah portal rasmi untuk semak daftar pemilih SPR?

Baca Juga :  Pendaftaran Tahun 1 2023/2024 Secara Online

Berapakah umur seseorang untuk layak mengundi?

  • Umur seseorang untuk layak mengundi adalah 21 tahun.

Dimanakah untuk membuat semakan daftar pemilih?

  • Pengundi boleh membuat semakan secara online di laman web rasmi SPR tersebut dan boleh membuat semakan secara SMS.

Apakah dokumen yang diperlukan bagi membuat semakan?

  • Pengundi cuma perlukan No Kad Pengenalan dan masukan Captcha.

Apakah maklumat yang akan dipaparkan ketika membuat semakan?

  • Maklumat semakan yang akan dipaparkan adalah bahagiann tempat daerah mengundi, lokasi pilihan raya Dun dan Parlimen.

Kesimpulan Semakan Daftar Pemilih SPR

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai artikel kami hari ini anda boleh terus melayari laman web rasmi SPR.

Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat dan patuhi SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

TERIMA KASIH